Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Ang Pow Yang Boleh Ditanam Dan Berkembang Menjadi Tumbuhan Berbunga? Dapatkannya Sekarang, Hanya Dari Maxis Online Store Tahun Baru Cina Ini

 

Rasa bersalah kerana selalu menggunakan kertas apabila memberi ang pow setiap Tahun Baru Cina?

Maxis mempunyai jawapan: anda tidak perlu membuang ang pow kami selepas Tahun Baru Cina; ia akan tumbuh sepanjang tahun. Tanamkan Ang Pow Plant-a-Blessing Maxis dalam tanah, dan lihat ia berkembang mekar.

Ang Pow Plant-a-Blessing Maxis adalah paket merah khas yang dibuat daripada kertas benih yang boleh ditanam. Setiap ang pow direka dengan ruang dimana pemberi ang pow boleh menulis mesej peribadi khas buat penerima, untuk dijadikan inspirasi pada tahun hadapan. Menanam ang pow dalam tanah dan menyiramnya dengan air mengaktifkan benih tertanam, yang seterusnya bercambah menjadi tumbuhan berbunga.

empat step

Khas untuk Tahun Baru Cina, dapatkan satu set ang pow ini secara percuma apabila anda membeli mana-mana telefon baharu melalui Maxis Online Store sehingga 11 Februari 2017.

Bersempena promosi ang pow Plant-A-Blessing ini, Maxis telah melancarkan satu filem yang menyentuh hati bertajuk “The Money Grandma Owes Me”, dimana seorang anak muda mendapat tahu bahawa hadiah yang paling istimewa sebenarnya hadiah yang tidak boleh dibeli dengan wang.

Can you put a price on grandmas love

Saksikan “The Money Grandma Owes Me” di: https://youtu.be/ttfyI52eU6U

“Kadang-kala kita terlalu pentingkan jumlah wang dalam ang pow, dan bukannya berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang. Tahun ini, kami percaya Ang Pow Plant-A-Blessing ini boleh membantu mengingatkan orang bahawa kemewahan sebenarnya adalah menerima hadiah yang tidak boleh dibeli dengan wang,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ang Pow Plant-A-Blessing, klik www.maxis.com.my/GrowYourAngPow

Archives
Tags