Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Adalah Duta Perniagaan Samsung Yang Terbesar Di Asia

 

Maxis dan Samsung bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan perusahaan gred mobiliti kepada perniagaan-perniagaan di Malaysia. Maxis akan menjadi telekomunikasi mudah alih pertama di seluruh Asia untuk menjadi sebahagian daripada program Duta Perniagaan Samsung (Samsung Business Ambassador - SBA). Ini bermakna pasukan jualan perusahaan Maxis akan dilatih untuk diiktiraf sebagai pakar penyelesaian mobiliti dan penasihat yang dipercayai kepada perniagaan di Malaysia.

Kerjasama dengan pasukan Samsung B2B juga termasuk Maxis dilantik sebagai syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang menawarkan penyelesaian Samsung Knox secara langsung, yang merupakan satu set perisian untuk mengurus, melindungi dan menyesuaikan peranti mudah alih untuk keperluan perniagaan dan aplikasi industri yang berbeza.

Melalui kerjasama ini, Maxis akan dapat menawarkan perniagaan manfaat-manfaat berikut:

  • Cadangan yang relevan - Dilengkapkan dengan pengetahuan, alat, latihan dan pengetahuan teknikal dari Samsung, pasukan jualan Maxis akan dapat memberikan cadangan yang terbaik, oleh itu memudahkan perniagaan membuat keputusan yang tepat mengenai apa yang mereka perlukan.
  • Kecekapan perniagaan – Dengan Knox, perniagaan mempunyai keupayaan untuk mengkonfigurasi dan mengurus jumlah peranti mudah alih yang besar yang digunakan dalam operasi di beberapa tempat. Ini penting dalam membolehkan tenaga kerja yang bergerak. Melindungi peranti mudah alih ke dalam mod kiosk yang bermaksud menghadkan penggunaan dan akses kepada hanya aplikasi yang berkaitan dengan kerja, juga boleh meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
  • Keselamatan - Keselamatan amat penting dalam operasi perniagaan hari ini. Terutamanya dengan Penyelesaian Knox, perniagaan boleh menjamin pengurusan dan keselamatan untuk peranti mudah alih mereka. Antara perkhidmatan yang boleh dinikmati oleh perniagaan termasuk melindungi aplikasi, kandungan dan data syarikat.

"Sebagai Duta Perniagaan Samsung, perniagaan boleh yakin bahawa Maxis menyediakan nasihat pakar terbaik untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Dan dengan Knox, kami dapat menawarkan pelanggan kami cara yang lebih baik untuk menguruskan keselamatan dan meningkatkan produktiviti. Kerjasama ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia penyelesaian bersepadu terpilih untuk perniagaan di Malaysia,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

“Syarikat-syarikat global termasuk firma-firma telekomunikasi terkemuka Malaysia hari ini telah menempatkan Samsung dalam strategi mudah alih mereka, dan peranti Samsung serta penyelesaian telah menjadi alat penting untuk tenaga kerja yang moden dan sentiasa bergerak - mengubah cara kami bekerja dan berkomunikasi. Bersama-sama dengan Maxis, kami yakin bahawa Samsung KNOX Solutions akan menjadi alat perniagaan utama supaya perniagaan Malaysia dapat meningkatkan kecekapan, memaksimumkan potensi dan mewujudkan nilai dengan peranti kegemaran mereka,” kata David Kim, Naib Presiden Kumpulan Jualan B2B, Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis, lawati http://www.maxis.com.my/managedmobility

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

In line with the government’s aspirations to accelerate vaccination in the country under the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK), Maxis has collaborated with Malaysian Red Crescent Society (MRCS) to support their mobile vaccination programme.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE