Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Naik Taraf Kepada Kad SIM 4G Dan Sertai Kempen ‘RM1 Juta Tukar SIM 3G’ Maxis


Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kad SIM 3G mereka kepada kad SIM 4G kini boleh mengambil bahagian dalam sebuah kempen yang akan menghadiahkan wang tunai RM1 juta. Untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman 4G yang terbaik pada telefon pintar mereka, Maxis telah memperkenalkan kempen RM1 juta Tukar SIM 3G, di mana ia akan memberi ganjaran berjumlah RM1 juta dalam bentuk tunai kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kepada kad SIM 4G. Mulai 25 April, pelanggan yang berjaya menukar SIM mereka akan secara automatik layak untuk menyertai kempen ini.

Terdapat tiga pusingan sepanjang tempoh kempen ini. Pelanggan akan layak untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga pusingan, selagi mereka belum menang. Ini bermaksud lebih awal lagi pelanggan mengambil bahagian, lebih banyak peluang mereka untuk menang.

Ketiga-tiga pusingan ini masing-masing akan diadakan pada 3 Mei, 16 Mei dan 21 Mei.

Maxis juga terus melabur dalam rangkaian 4G LTE terkemuka dalam industri, yang telah terbukti untuk menyediakan liputan dan kelajuan terbaik untuk pengalaman Internet yang hebat. Baru-baru ini, Maxis muncul sebagai juara keseluruhan dengan penarafan 4 bintang, standard penarafan tertinggi dalam kategori syarikat telekomunikasi dalam menyampaikan penstriman video definisi tinggi (HD) yang konsisten dan lancar di semua 14 negeri, menurut YouTube Video Checkup. Laman web ini menyediakan pengguna YouTube dengan skor syarikat-syarikat telekomunikasi yang berbeza di kawasan tertentu berdasarkan kualiti main balik (playback) YouTube.

video checkup dari youtube
4x faster 98% 0 buffering  no1 youtube streaming experience widest 4g

Maxis juga telah dinamakan Pembekal Telco & Rangkaian LTE Terbaik oleh Lowyat.NET Community Choice Awards Malaysia selama dua tahun berturut-turut, dan Rangkaian Terbaik bagi tahun 2016 oleh MCMC Wireless & Wired Broadband Services.

“Kebanyakan daripada pelanggan kami sudah menikmati pengalaman rangkaian yang terbaik dengan Maxis. Walau bagaimanapun, masih terdapat berjuta yang masih belum menaiktraf ke kad SIM 4G, tetapi sudah memiliki telefon pintar 4G. Melalui kempen ini, kami ingin membantu mereka mengalami keupayaan penuh telefon pintar mereka dengan menaik taraf kepada SIM 4G Maxis. Sekarang, mereka boleh lakukan apa sahaja di telefon pintar, dengan lebih pantas dan lebih baik melalui rangkaian No.1 4G di negara ini,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Pelanggan boleh menyemak jika mereka sedang menggunakan kad SIM Maxis 3G atau 4G yang aktif dengan mendail *100# atau melawat Pusat Maxis atau peniaga terdekat.

Berikut iadalah cara-cara pelanggan boleh mengambil bahagian dalam kempen ini:
Bawa kad SIM 3G aktif mereka kepada mana-mana Pusat Maxis/peniaga Hotlink yang mengambil bahagian untuk pertukaran SIM
Juga bawa Kad Pengenalan atau Pasport yang sah, untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah kad SIM tersebut
Setelah pertukaran SIM berjaya diselesaikan, mereka akan secara automatik layak untuk menyertai kempen ini

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen RM1 juta Tukar SIM 3G, saksikan video ini http://bit.ly/3G-SIM-Swap atau layari www.maxis.com.my/4gnetwork

Archives
Tags