Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Filem Rojak 360°, Gading Merah, Dari Pembikin Filem Terkemuka, Dilancarkan Di Maxis YouTube

Gading Merah, filem terbaru Maxis Rojak 360°, siri filem 360° pertama Malaysia, kini boleh disaksikan di saluran YouTube Maxis. Dan pembikin filem terkemuka fielm ini, Junad Mohd Nor, telah membuat keputusan untuk menayangkan filem beliau buat pertama sekali bersama dengan kakitangan Maxis hari ini di Menara Maxis - lengkap dengan popcorn dan kanta Realiti Maya (Virtual Reality - VR).

Saksikan filem Junad, Gading Merah, di sini (sebaik-baiknya dinikmati melalui skrin mudah alih menggunakan Maxis 4G): https://www.youtube.com/watch?v=4foHvMbptgg

“Kami amat gembira bahawa salah satu pembikin filem terkemuka Malaysia telah membuat keputusan untuk meraikan tayangan filemnya buat pertama kali bersama kami di Maxis, terutamanya bersempena Hari Malaysia yang akan datang,” kata Bernard Lee, Ketua Pemasaran Komunikasi Maxis.

Filem Junad adalah filem ke-empat yang akan ditayangkan menggunakan kamera canggih 360° yang boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.

“Filem Gading Merah menekankan kepentingan perpaduan. Kerana apabila kita bersatu, tiada apa yang mustahil,” kata Junad Mohd Nor. Filem beliau, bertajuk Ikal Mayang’s Odah, juga telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan.

Kakitangan Maxis juga menyaksikan dua filem Maxis 4G yang telah dikeluarkan sebelum ini – sebuah filem Merdeka bertajuk The Last Kite Maker (www.youtube.com/watch?v=M0J52JlPy0c) dan The Road Trip (www.youtube.com/watch?v=dFMH4CIoSrQ). Mazlan Mokhtar, Ketua Daerah Selatan Maxis, yang telah membintangi filem The Kite Maker, turut hadir di majlis tersebut untuk menceritakan pengalaman beliau dalam pembikinan filem tersebut.

Gading Merah mengikuti tiga buah filem 360° yang telah ditayangkan sebelum ini pada 25 Ogos oleh pembikin filem tempatan lain – bintang YouTube The Ming Thing, RED People dan pengarah filem Tamil terkenal, Veedu. Filem-filem ini telah dilancarkan di YouTube pada 26 Ogos.

Projek Rojak 360° meraikan kepelbagaian Malaysia – ia menonjolkan keunikan dialek tempatan, meraikan tradisi budaya yang kurang diketahui, dan mempamerkan keindahan tempat-tempat berlainan di Malaysia. Menggunakan platform video-melalui-mudah alih 360° YouTube yang mendalam, setiap filem menjemput penonton untuk menggerakkan telefon mereka di pelbagai arah untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza.”

To find out more about Maxis Rojak 360°, visit www.maxis.com.my/rojak360

Archives
Tags