Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Sukarelawan Maxis Membina Rumah Baharu Khas Untuk Golongan Orang Asli

Lebih daripada 60 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Maxis dan agensi-agensi media telah membina dua rumah baharu khas untuk keluarga-keluarga Orang Asli dari Perkampungan Serendah Orang Asli, Rawang, Selangor. Diadakan dalam dua sesi, iaitu pada 19-21 Ogos dan 26-28 Ogos, sukarelawan bekerja selama sehari suntuk untuk membina setiap satu daripada rumah-rumah tersebut, dengan bimbingan daripada pakar pembinaan yang disediakan oleh EPIC Homes.

Projek pembinaan ini adalah sebahagian daripada Projek Kongsi Home Maxis yang dilancarkan pada awal tahun ini, dimana Maxis bekerjasama dengan destinasi membeli-belah atas talian terkemuka dan EPIC Homes untuk mewujudkan cara baru yang inovatif ala “crowdfund”, untuk menyumbang dan membina rumah bagi keluarga yang memerlukan. Para pembeli atas talian hanya perlu melawat laman-laman membeli-belah tersebut untuk membeli bahan-bahan binaan untuki projek pembinaan komuniti oleh EPIC Homes.

Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi sukarelawan yang terlibat. Berikut adalah komen-komen dari sukarelawan:

“Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang melakukan sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan dan berfaedah, tetapi sesuatu yang sebenarnya memberi perubahan yang besar dalam kehidupan seseorang. Ia menunjukkan bahawa kreativiti dan semangat mampu memberi impak apabila terdapatnya tenaga dan semangat yang kuat,” kata Adzhar Ibrahim, Ketua Sumber Manusia dan Organisasi Maxis.

“Saya berasa projek in adalah salah satu program sukarela yang penuh bermakna buat saya. Membina rumah-rumah ini dengan rakan-rakan dari Maxis begitu bererti dan rasa kepuasan itu bukan sesuatu yang boleh kita dapatkan dengan mudah melalui program CR yang lain. Saya berharap dapat menyertai lebih banyak inisiatif seperti ini,” kata Thum Wei Wen.

“Ini benar-benar satu pengalaman yang amat berharga, untuk melihat anak-anak tersenyum dan bermain di sekitar rumah dan juga menyaksikan bagaimana ibu bapa mereka amat terharu sehingga mengeluarkan air mata. Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada fasa terbaharu dalam kehidupan mereka,” kata Shazmin Ghazali.

“Ini merupakan salah satu daripada pengalaman yang paling bermanfaat dalam hidup saya. Keakraban, semangat dan dedikasi yang ditunjuk oleh sukarelawan untuk membina rumah baharu untuk keluarga ini membuatkan projek ini satu pengalaman yang amat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan,” kata Kunal Gupta.

Sebagaimana yang mereka katakan, gambar bernilai seribu kata. Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan dedikasi dan semangat sukarelawan:

kongsi2
Archives
Tags