Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Menawarkan Teknologi Skrin Sentuh Terbaharu Dan Menjemput Rakyat Malaysia Menyinari Deepavali Ini

Bersempena perayaan Deepavali ini, Maxis melancarkan laman mikro (www.maxislightalife.my) sebagai sebahagian daripada kempen Light a Life, dimana ia menampilkan sebuah filem interaktif dwi-cerita untuk meningkatkan kesedaran tentang golongan belia yang kurang bernasib baik. Filem interaktif ini menceritakan kisah bagaimana 4 daripada 10 belia yang kurang bernasib baik akan terjebak dalam kehidupan jenayah dan keganasan. Hanya dengan sentuhan skrin, penonton akan dapat beralih kepada jalan cerita selari yang menjanjikan pengakhiran yang lebih cerah.

light3

“Berikutan kempen #MySecondChance kami tahun lalu, kami sekali lagi bekerjasama dengan MySkills Foundation untuk mendekati belia yang kurang bernasib baik melalui kempen Light a Life. Untuk kempen ini, kami memberi kuasa kepada rakyat Malaysia melalui platform digital kreatif untuk membawa perubahan dalam kehidupan belia ini melalui sumbangan kewangan dan bersukarela,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Rakyat Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada kempen ini untuk menyentuh kehidupan golongan belia MySkills. Mereka boleh mendaftar melalui laman mikro (www.maxislightalife.my) dan menghulurkan bantuan mereka melalui cara-cara berikut:

Membuat sumbangan kewangan
Mengadakan ceramah khususnya dalam perkembangan kerjaya atau latihan industri
Menyumbang masa mereka sebagai rakan atau mentor di mana-mana institusi MySkills
Menawar latihan dalam organisasi mereka
Menganjur atau menaja aktiviti latihan kemahiran seperti perdagangan vokasional atau seni persembahan

light4

“Berhubung dengan mereka yang mungkin berasa tersisih bukannya satu tugas yang mudah. Melalui kerjasama kami dengan Maxis dalam kempen Light a Life ini, MySkills Foundation mampu mencapai lebih ramai belia, untuk memberikan mereka masa depan yang lebih baik,” kata S.Pasupathi, Pengarah MySkills Foundation.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Light a Life Maxis dan bagaimana anda boleh mengambil bahagian, sila layari www.maxislightalife.my.

Archives
Tags