Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melaksanakan Liputan Dalaman Paling Canggih Di Suria KLCC


Pengguna Maxis 4G kini boleh menikmati liputan dalaman yang lebih unggul di Suria KLCC berikutan pelaksanaan Lampsite - penyelesaian liputan dalaman yang inovatif dan paling canggih. Lampsite mampu meningkatkan kapasiti data di kawasan ‘hotspot’ dengan 4G LTE+ untuk mencapai puncak kelajuan muat turun 225Mbps, pertama seumpamanya di Malaysia.

Maxis telah bekerjasama dengan Huawei untuk melaksanakan penyelesaian ini di Suria KLCC. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepadatan penggunaan data mudah alih tertinggi di Malaysia dengan lebih daripada 1,300GB / km persegi pada waktu puncak.

“Permintaan bagi Internet mudah alih telah berkembang pesat di Malaysia dan 75% daripada trafik data adalah daripada penggunaan dalaman. Kami gembira dengan pelaksanaan perintis Lampsite dalam memenuhi permintaan yang tinggi ini. Ini menandakan satu kejayaan yang penting bagi kami dalam menyampaikan pengalaman Internet mudah alih 4G yang terunggul bagi pelanggan kami di dalam pusat membeli-belah,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.

Kualiti rangkaian adalah sesuatu yang kritikal bagi ramai rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, Maxis sentiasa memperkuatkan lagi penerajuannya dalam 4G, dan telah membuat pelaburan yang lebih banyak dalam rangkaian berbanding syarikat telekomunikasi lain. Maxis mempunyai liputan 4G LTE yang paling luas di negara ini, meliputi 88% daripada penduduk.

Archives
Tags