Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Lebih Satu Juta Pelanggan MaxisONE Akan Menikmati Tawaran Telefon Pintar 4G Untuk Hanya RM1

Lebih daripada satu juta pelanggan Pelan MaxisONE (MOP) kini boleh menikmati rangkaian No. 1 Malaysia dengan peranti-peranti 4G baharu untuk hanya RM1.

Pelanggan sedia ada dan baharu boleh memilih pelbagai peranti berharga RM1, termasuk telefon pintar laris 4G seperti Huawei P9, Samsung J7 dan J5, Oppo F1, Asus Zenfone Go dan juga penyelesaian wifi dan rumah seperti Pocket WiFi, Chromecast dan penyambung wifi. Pelanggan perniagaan MaxisONE juga dapat menikmati jualan Power of ONE ini, termasuk penyelesaian perniagaan seperti mPOS dan mDrive yang kini ditawarkan dengan bayaran bulanan berdiskaun untuk hanya RM1 selama 3 bulan.

Untuk mendapatkan peranti-peranti ini, pelanggan hanya perlu melanggan pelan MOP98 ke atas. Pelanggan sedia ada yang masih dalam kontrak tetapi mempunyai kurang daripada 3 bulan dalam kontrak mereka, juga boleh mendapatkan tawaran ini.

“Kami telah mendapat sambutan yang amat baik bagi peningkatan data dan DataPool kami yang diperkenalkan pada awal tahun ini untuk pelanggan MOP kami. Dalam tempoh satu tahun sahaja, kami telah menambah lebih 800,000 pelanggan MOP dan asas pelanggan kami kini menghampiri 1.5 juta. Sebagai tanda penghargaan, kami ingin terus memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan ONE Plan kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk senarai penuh peranti dan kelayakan, sila lawati www.maxis.com.my/powerofone

Archives
Tags