Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melancarkan Program Tanggungjawab Korporat Perdana, Maxis eKelas

Hari ini, Maxis telah mengambil langkah penting dalam perjalanannya ke arah mengarus-perdanakan pendidikan digital untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran Maxis eKelas, program Tanggungjawab Korporat terbaharu. Dengan memanfaatkan teknologi dan Internet, eKelas merupakan inisiatif pendidikan digital lepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar dalam masyarakat miskin bandar dan luar bandar di Malaysia. Tumpuannya adalah kepada tiga mata pelajaran kritikal - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

eKelas membawa pembelajaran yang menarik dan menghiburkan menggunakan kandungan digital yang interaktif, selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. Direka untuk menghapuskan jarak sebagai penghalang kepada pendidikan, eKelas juga menawarkan pengajaran yang dibolehkan teknologi, dan memberikan pelajar akses segera kepada guru-guru yang berpengalaman dan berkaliber tinggi, melalui tutorial video secara langsung.

“Pendidikan amat penting. Ia membolehkan kita untuk melengkapkan anak-anak kita untuk berkembang maju pada masa hadapan dan memberi mereka peluang yang tinggi untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Melalui teknologi, kami akan dapat menyediakan pelajar dengan sokongan pendidikan interaktif dan eKelas membuat pembelajaran jauh satu realiti untuk pelajar. Kami amat bangga menjadi syarikat yang pertama untuk membawa e-pembelajaran sebagai satu program pembelajaran lepas sekolah yang berstruktur ke Pusat Internet 1Malaysia,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis.

Sebelum pelancaran eKelas, Maxis telah menjalankan program rintis eKelas sejak setahun lalu di 10 Pusat Internet 1Malaysia di bawah jagaan Maxis di Kedah, Kelantan, Selangor, Putrajaya, Sarawak dan Negeri Sembilan. Sepanjang program rintis tersebut, Maxis telah mencapai kira-kira 1,200 pelajar dari segi populasi kelas dan menyediakan tutorial secara langsung sejumlah 450 jam untuk tiga mata pelajaran teras tersebut.

eKelas bukan sahaja berfokuskan pembelajaran; ia juga mempunyai aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti kerja kumpulan, kuiz, pertandingan, kem cuti dan ceramah motivasi. Aktiviti ini dijalankan oleh sukarelawan bersemangat dan komited daripada Maxis sendiri.

YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah, Ketua Pegawai Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital‎ daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan Maxis eKelas. Turut hadir ialah 45 eKelas pelajar yang mengambil bahagian dalam program rintis, ibu bapa dan rakan-rakan program.

Berikutan pelancaran eKelas, Maxis merancang untuk memperluaskan program ini kepada semua 118 Pusat Internet 1Malaysia di bawah jagaan Maxis, dengan tujuan untuk mencapai 100,000 pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang. Pusat Internet 1Malaysia adalah hab digital di kawasan bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan Internet, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Untuk maklumat lanjut mengenai program eKelas Maxis, sila layari www.maxis.com.my/maxis-ekelas

Archives
Tags