Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Perayauan Data PERCUMA Bagi Pelanggan Maxis Dengan Penempahan Hotel Melalui Expedia.com.my®

Maxis bekerjasama dengan salah satu daripada laman pelancongan atas talian yang terbesar di dunia, Expedia.com.my®, untuk menawarkan pelanggan pascabayar tawaran perayauan data yang pertama seumpamanya. Bermula hari ini, pelanggan boleh menikmati pas perayauan 1-hari PERCUMA bagi mana-mana tempahan hotel yang dibuat melalui www.expedia.com.my/maxisroaming, selagi destinasi bagi penginapan hotel tersebut terletak dalam rangkaian 117 negara yang menawarkan pas perayauan Maxis.

Tawaran pas perayauan 1-hari yang percuma ini termasuk:

Pas MaxisONE World
Khas untuk pelanggan pelan MaxisONE (MOP) yang membuat tempahan hotel di mana-mana negara ASEAN (kecuali Vietnam).
Dengan pas ini, pelanggan bukan sahaja mendapat panggilan keluar tanpa had percuma, panggilan masuk percuma tanpa had, mereka juga dapat menggunakan data tempatan di luar negara secara percuma, termasuk 500MB data berkelajuan tinggi tambahan percuma setiap hari.
Pas DataRoam
Bagi pelanggan MOP yang membuat tempahan hotel di negara-negara di luar ASEAN.
Bagi pelanggan pascabayar (bukan MOP) yang membuat tempahan hotel di mana-mana negara yang menawarkan pas perayauan Maxis
Pas ini ditawarkan dengan data berkelajuan tinggi sehingga 500MB. Pelanggan juga boleh terus melayari atau menggunakan aplikasi chat sosial selepas data diperuntukkan mereka telah digunakan sepenuhnya.

Untuk mendapatkan pas perayauan 1-hari yang percuma ini, pelanggan hanya perlu:

Lawati www.expedia.com.my/maxisroaming dan membuat tempahan hotel
Masukkan nombor Maxis mereka semasa membuat tempahan
Untuk menebus pas mereka, pelanggan hanya perlu mengaktifkan data perayauan, dan menggunakan data mereka dalam tempoh penginapan hotel

“Berhubung apabila bercuti amatlah penting, dan kami di Maxis ingin mengelakkan kejutan bil yang tidak diingini daripada merosakkan percutian para pelanggan kami. Kami telah aktif melancarkan pelbagai produk dan promosi dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menambah nilai kepada pelanggan kami - dan Expedia merupakan tambahan terbaru kami - supaya pelancong Maxis benar-benar dapat menikmati pengalaman yang bebas dari sebarang kebimbangan. Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk sentiasa mencari cara yang menarik untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Jonty Neal, Ketua Pegawai Eksekutif untuk AirAsiaExpedia Travel di Asia berkata, “Komitmen Expedia adalah untuk menyampaikan satu pengalaman tempahan yang luar biasa dengan membuatkannya mudah untuk pelancong mencari apa sahaja yang mereka inginkan. Kerjasama kami dengan Maxis adalah wawasan yang dikongsi untuk memberikan pengalaman pelancongan yang terbaik dan paling mudah kepada pelancong Malaysia yang semakin meningkat di rantau ini, bagi membantu meningkatkan pengalaman pelancongan mereka dengan perkhidmatan data berpatutan, dan membolehkan mereka untuk disambungkan semasa perjalanan mereka. Kami amat berbesar hati kerana menjadi rakan kongsi pelancongan atas talian yang pertama melancarkan tawaran ini dengan Maxis bagi para pengguna Malaysia di rantau ini.”

Seterusnya, Maxis akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pelancongan lain untuk menawarkan lebih lagi tawaran dan faedah pelancongan kepada para pelanggan.

Untuk menyemak sama ada negara tertentu menawarkan pas perayauan Maxis, klik di sini: www.maxis.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran perayauan data baharu dengan Expedia, sila layari www.maxis.com.my/roamingpartnerships

 

Archives
Tags