Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Anda Mempunyai Telefon Lama? Tukar Beli Telefon Tersebut Untuk iPhone 6s Baharu Dengan Program Trade In, Trade Up Maxis

 

Adakah anda ingin menaik taraf ke telefon iPhone 6s baharu? Tidak mahu berbelanja lebih? Kini, ada cara yang lebih bijak untuk menikmati penjimatan sehingga 65% bagi iPhone 6s baharu.

Dengan program Trade In, Trade Up baharu Maxis, sesiapa sahaja kini boleh memiliki iPhone 6s pada harga serendah RM 840 atau hanya RM35 sebulan tanpa membuat sebarang bayaran pendahuluan dengan Maxis Zerolution.

trade in

Pada hanya RM35 sebulan dan tanpa sebarang bayaran pendahuluan tunai bagi iPhone 6s baharu, program Trade In, Trade Up Maxis adalah cara yang paling mampu milik untuk mendapatkan iPhone di Malaysia. Untuk menukar beli peranti lama anda, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis (MEP) di seluruh negara. Untuk menyemak stok masa nyata model iPhone 6S dan warna pilihan di kedai Maxis terdekat anda.

“Kami juga membuatkan ia lebih mudah untuk menukar beli telefon anda. Anda hanya perlu membawa sebarang telefon lama anda ke mana-mana satu daripada 268 Kedai Maxis di seluruh negara dan hidupkannya – tiada kotak atau pengecas atau aksesori yang diperlukan,” kata Tan Cheong Tatt, Ketua Runcit Maxis.

Selain daripada pengalaman tukar beli yang lebih mudah untuk pelanggan, Maxis juga menjanjikan nilai tukar beli yang lebih tinggi sehingga RM1,560. Maxis juga akan memberikan sekurang-kurangnya RM240 untuk telefon yang paling lama - termasuk model dari tahun 1990-an - selagi telefon tesebut memenuhi kriteria “telefon berfungsi”.

Trade in Value

Anda tidak perlu membawa kotak, pengecas atau aksesori lain; hanya bawa telefon selagi ia berada dalam keadaan yang baik dan memenuhi kriteria “telefon berfungsi”:

✓ Peranti boleh Dikuasakan dan Ditutup dan Mengakses IMEI

✓ Paparan skrin berfungsi dan tidak retak

✓ Tiada butang yang rosak / hilang atau mempunyai sarung yang retak

✓ Ciri ‘Find My iPhone’ tidak dikunci (untuk iPhone sahaja)

Pada asasnya, hampir mana-mana sahaja telefon yang terdapat dalam laci di rumah anda layak ditukar beli, seperti dilihat dalam video ini https://youtu.be/zuwVw12kSOQ.

Anda boleh menukar beli peranti lama anda dengan hanya tiga langkah mudah:

1 Bawa sebarang telefon yang memenuhi kriteria “telefon berfungsi” ke mana-mana sahaja Pusat Maxis di seluruh negara

2. Di sana, kakitangan kami akan melakukan pemeriksaan pengesahan;

3. Tukar beli telefon anda dan nikmati penjimatan sehingga 65% bagi yuran bulanan Zerolution selama 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Trade In, Trade Up Maxis, sila layari www.maxis.com.my/iphonetradeup

trade in old phone
Archives
Tags