Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Tawaran Pengembaraan Yang Menakjubkan Dengan MaxisONE World, Bawa Pelan MaxisONE Bersama Anda

Kita semua suka mengembara, lebih-lebih lagi jika perbelanjaan pengembaraan tersebut ditanggung sepenuhnya. Dengan aplikasi MyMaxis, pelanggan pascabayar Maxis akan menikmati akses kepada tawaran-tawaran hebat dan diskaun yang besar termasuk pakej percutian percuma di Bali selama 3 hari, 2 malam, penjimatan sehingga RM1,000 apabila anda melancong ke London, Paris atau Sepanyol, penginapan hotel percuma, tawaran Expedia sebanyak 70% dan banyak lagi. Kami turut menawarkan….

Sehingga 30 April, pelanggan pascabayar Maxis berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke mana sahaja di dunia dengan baucar pengembaraan bernilai RM25,000.

Berikut adalah 4 langkah mudah untuk menyertai pertandingan MaxisONE World Travelganza :

 4 langkah mudah untuk menyertai pertandingan MaxisONE World Travelganza

Jika anda bercadang untuk melancong ke Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Filipina, Kemboja atau Laos, pelanggan MaxisONE boleh menggunakan MaxisONE World –  ini bermakna anda boleh membawa pelan MaxisONE bersama mereka ke negara-negara berkenaan dan menggunakannya seperti di Malaysia, membuat panggilan atau SMS ke mana-mana sahaja secara percuma, dan mendapat kuota perayauan berkelajuan tinggi sebanyak 500MB setiap hari. Dengan perlindungan perjalanan percuma di mana sahaja mereka merantau, kini para pelanggan boleh menikmati pengalaman pengembaraan tanpa berasa bimbang.

 

2MattafairTravelmasthead 2

 

“Kami menawarkan para pelanggan sesuatu yang luar biasa dengan MaxisONE World Travelganza. Kami tahu bahawa telefon mudah alih merupakan sesuatu yang amat penting yang selalu digunakan apabila pelanggan kami merantau, yang membolehkan mereka berkongsi video dan gambar dengan rakan-rakan dan keluarga di Malaysia atau melayari Internet, tanpa berasa bimbang,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Pemenang-pemenang MaxisONE World Travelganza akan dipilih pada 4 Mei 2016. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.maxis.com.my/oneworld

Archives
Tags