Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Keuntungan Bersih Bagi Suku Kedua Maxis Meningkat 9% Ke RM483 Juta

 

Maklumat Penting:

Tahun ke tahun – Suku kedua 2016 berbanding Suku kedua 2015:

  • Hasil Perkhidmatan menurun sedikit kepada RM2,055 juta berbanding RM2,089 juta pada tempoh yang sama tahun lalu
  • Hasil pascabayar stabil pada RM975 juta berbanding RM972 juta, disokong oleh lebih 1.3 juta langganan pelan MaxisONE
  • Hasil prabayar 5.2% lebih rendah pada RM959 juta berbanding RM1,012 juta pada suku kedua tahun lalu. Menjelang akhir suku kedua, momentum perolehan prabayar bertambah baik dengan pelancaran Hotlink FAST
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun sedikit kepada RM1,050 juta daripada RM1,101 juta
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat 9.0% kepada RM483 juta daripada RM443 juta pada tempoh yang sama tahun lalu
  • Mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak lima sen bersih sesaham

 

Tahun ke tahun – Setengah tahun pertama 2016 berbanding Setengah tahun pertama 2015:

  • Hasil perkhidmatan sebanyak RM4,177 juta berbanding RM4,211 juta tahun lalu
  • EBITDA meningkat 5.4% kepada RM2,263 juta daripada RM2,148 juta
  • PAT meningkat 17.3% kepada RM1,003 juta daripada RM855 juta

 

Prestasi kewangan yang stabil bagi suku kedua:

  Suku kedua 2015 (RM'juta)
Suku kedua 2016 (RM'juta)
Perubahan (%) Setengah tahun pertama 2015 (%)
Setengah tahun pertama 2016 (%)
Perubahan (%)
Hasil Perkhidmatan 2,089 2,055 (1.6) 4,211 4,177 0.8
EBITDA 1,101 1,050 (4.6) 2,148 2,263 5.4
PAT 443 483 9.0 855 1,003 17.3
Perbelanjaan Modal 218 333   353 492  


Memperkuatkan usaha dalam memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Menaiktaraf lebih satu juta pelanggan sehingga 5x lebih banyak data semalaman, memperkenalkan cara-cara baru untuk menggunakan data tambahan
  • Disamping data yang lebih banyak, memperkenalkan ‘DataPool’ yang membolehkan pelanggan MaxisONE berkongsi data dengan sesiapa sahaja dan melalui semua telefon dan peranti lain - di dalam dan luar negara
  • Pelan prabayar Hotlink FAST kini memberikan pelanggan 2GB 4G Internet percuma setiap hujung minggu sepanjang hayat. Ini bersamaan dengan 8GB sebulan bagi penstriman, pelayaran dan perkongsian
  • Liputan 4G LTE terluas di negara ini, meliputi 80% daripada penduduk dan disokong oleh lebih daripada 13,000 km gentian
  • Melangkaui satu juta langganan Pelan MaxisONE pada bulan April, merekodkan 1.3 juta langganan pada Jun

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Suku ini merupakan satu suku yang mencabar, di mana persaingan telah cuba meningkatkan bahagian pasaran pelanggan dengan menurunkan harga. Selepas mengalami tempoh yang mencabar dalam pasaran, kami telah menyaksikan pada akhir tempoh suku ini bahawa keputusan kami bertambah baik dan kami berjaya mengekalkan hasil dan keuntungan kami pada tahap yang sama berbanding tahun lalu.

Kami menyaksikan peningkatan yang ketara dalam penggunaan data sejak tiga hingga lima bulan yang lalu. Semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan data dan video, dan dalam 3 bulan yang terakhir ini, purata penggunaan Internet mudah alih telah berkembang daripada 1.7GB ke 2.5GB. Ini amat mengagumkan. Bagi Maxis, kami sentiasa berusaha untuk membolehkan para pelanggan kami menikmati pengalaman digital mereka tanpa sebarang kebimbangan. Pada bulan April, kami menaik taraf lebih satu juta pelanggan dengan lebih banyak data. Ia merupakan naiktaraf secara automatik yang terbesar pernah kami lakukan di Maxis dan terbesar yang pernah di lakukan di Malaysia. Bagi pelanggan prabayar kami yang dahagakan Internet, kami menawarkan satu proposisi yang amat menarik melalui Hotlink FAST yang memberikan pelanggan 2GB 4G Internet percuma setiap hujung minggu sepanjang hayat.

Tetapi ia bukan sekadar memberi pelanggan lebih banyak data - apa yang penting adalah untuk menawarkan jumlah data yang besar melalui rangkaian yang berkualiti. Maxis telah melabur lebih RM1.3 bilion tahun lalu, dan kami akan melabur jumlah yang sama tahun ini, jauh lebih banyak berbanding syarikat-syarikat telekomunikasi lain. Kami amat berbangga dengan rangkaian LTE kami yang merupakan peneraju dalam industri ini, yang telah mencapai 80% daripada penduduk, dan meliputi lebih daripada 220 bandar-bandar di Malaysia.

Kami juga berada dalam keadaan yang baik untuk mencapai cita-cita kami untuk menjadi sebuah syarikat yang digital sepenuhnya dimana kebanyakan daripada interaksi kami dengan pelanggan adalah secara digital, beralih dari produk ke penyelesaian dan beroperasi secara digital sepenuhnya.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku kedua 2016 Maxis, sila klik di sini: https://youtu.be/Jq07JDYxfC8

Archives
Tags