Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pokemon GO: Dapatkan Mereka Dengan Lebih Pantas Dengan PokeMobile Grab-Hotlink

Berikutan trend global sekitar permainan realiti berperantara (augmented reality) Pokemon GO, Grab Malaysia + Hotlink bersama melancarkan empat PokeMobile edisi terhad – iaitu cara terkini, paling selamat dan paling cepat untuk memburu Pokemon.

Grab-Hotlink PokeMobile 1

Bersempena dengan ketibaan permainan ini, kedua-dua Grab dan Hotlink mengumumkan bahawa dua hari pertama berikutan pelancaran permainan, semua pemain Pokemon GO boleh menempah perjalanan percuma ke PokeStop terdekat dengan memilih butang PokeMobile dalam GrabApp mereka. Oleh kerana pemburuan Pokemon merupakan satu aktiviti yang menggunakan tenaga kedua-dua pemain dan bateri telefon mereka, setiap satu daripada PokeMobile ini dilengkapi dengan minuman ringan, sebuah goodie bag dari Grab, PokeChargers Hotlink bagi telefon anda, dan juga monitor skrin lebar Hotlink Fast 4G.

Untuk membantu semua pemain yang ingin mencapai tahap Pokemon Master mara ke peringkat seterusnya dengan lebih cepat, penumpang PokeMobile yang juga pelanggan Hotlink akan mendapat kelebihan tambahan iaitu USD100 PERCUMA dalam bentuk PokeCoins melalui Hotlink Cash Online. Ini adalah bersamaan dengan 14,500 PokeCoins, dan para pemain boleh tukarkan PokeCoins ini dengan serta-merta untuk menikmati kelebihan tambahan bagi permainan tersebut. Hotlink Cash Online adalah kredit Hotlink anda yang kini boleh digunakan untuk pembelian aplikasi atau item dalam aplikasi (in-app items) seperti PokeCoins di Google Play Store.

Berikut adalah contoh item-item yang boleh dibeli dengan PokeCoins bernilai USD100:

145 Pokemon ‘lures’ untuk menarik lebih Pokemon ke mana-mana lokasi
145 Pokeballs
96 inkubator telur (egg incubators)

Selain itu, pelanggan Hotlink akan mendapat diskaun sebanyak 10% bagi PokeCoins mereka setiap kali melalui Hotlink Cash Online. Dan 10% untuk pembelian dalam aplikasi bagi permainan kegemaran mereka dan aplikasi seperti Clash of Clans, Clash Royale, Smule, Loong Craft, Tindakan Krisis, Strike Mobile, Castle Clash, Lords Mobile, Candy Crush Saga, Candy Crush Soda dan Last Empire World War Z, setiap kali di Google Play Store.

pokemobile 10% off

Saksikan video kami di sini: https://youtu.be/ZZXwj4SpHxs

“Kami sedar bahawa Pokemon mempunyai ikutan yang besar di Malaysia dan kami mahu menyertai keseronokan permainan ini. Grab sentiasa fokus dalam menyediakan para penunggang perjalanan yang selamat, selesa, mudah dan berharga berpatutan, oleh itu, kami ingin menggalakkan dan membantu Pokemon Trainers memburu Pokemon dengan selamat apabila dalam perjalanan dari satu PokeStop ke lokasi seterusnya. Selain PokeMobile eksklusif kami, pemain benar-benar boleh menikmati pengalaman Pokemon Go yang mendalam kerana setiap kereta dilengkapi dengan goodie bag khas Grab, pengecas telefon mudah alih kereta dan air untuk keseronokan permainan tanpa sebarang gangguan,” kata Jaygan Fu, Pengurus Negara Grab Malaysia.

“Cita-cita Hotlink Cash Online adalah untuk memberikan pelanggan Hotlink kemudahan mata wang khas untuk semua keperluan aplikasi dan permainan mereka. Sebelum ini, pelanggan kami sudah boleh menggunakan kredit mereka untuk membuat pembelian bagi permainan PC popular dan aplikasi mudah alih seperti DOTA, League of Legends, Clash of Clans, Clash Royale, Smule dan lain-lain lagi. Dengan diskaun 10% bagi aplikasi & permainan, kami amat teruja untuk memudahkan lagi pembelian dalam aplikasi kepada setiap pelanggan Hotlink kami dengan cara yang lebih cepat dan lebih mudah untuk membuat pembelian Google Play dengan kredit Hotlink mereka. Ia amat berkesan!” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

pokemobile 10% off 2

Pokemon Go merupakan evolusi daripada permainan video 1990-an yang kini membolehkan pemain untuk mengambil peranan “Pokemon Trainers” dan berjalan melangkaui permainan video ke dunia sebenar melalui realiti berperantara sementara menonton peta interaktif di skrin mereka untuk memburu, menangkap, mengumpul, dan melatih makhluk-makhluk digital tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kerjasama Grab dan Hotlink bagi Pokemon Go, sila layari www.maxis.com.my/googleplay and grb.to/pokemobile.  

Archives
Tags