Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis 4G & YouTube Memperkenalkan Siri Filem 360° Pertama Di Malaysia Untuk Meraikan Merdeka 2016

Sempena perayaan Merdeka dan Hari Malaysia 2016, Maxis 4G & YouTube hari ini menayangkan Maxis Rojak 360°, siri filem 360° pertama di Malaysia oleh lima pembikin filem terkemuka tempatan. Menggunakan platform video-melalui-mudah alih 360° YouTube yang mendalam, setiap filem menjemput penonton untuk menggerakkan telefon mereka di pelbagai arah untuk “melihat Malaysia dari pelbagai perspektif yang berbeza.”

“Melalui telefon, filem kini boleh menjadi lebih inklusif berbanding sebelum ini. Lagipun, setiap seorang daripada kita mempunyai seluruh ‘pawagam’ di dalam poket. Projek Rojak 360° adalah cara kami menggabungkan cara bercerita klasik, dengan teknologi video 360° dan pengalaman penstriman video secara langsung yang tidak dapat ditandingi melalui Maxis 4G. Oleh itu, tidak seperti festival filem Merdeka sebelum ini, lima filem Maxis Rojak 360° ini tidak akan ditayangkan di pawagam biasa tetapi sebaliknya akan ditayangkan pada 15 juta skrin mudah alih di seluruh Malaysia bermula 26 Ogos,” kata Bernard Lee, Ketua Komunikasi Pemasaran Maxis.

Siri filem Maxis Rojak 360° adalah satu kerjasama yang merentasi pelbagai lokasi dan pelbagai bahasa. Maxis telah bekerjasama dengan bintang-bintang YouTube The Ming Thing dan RED People, pengarah filem Tamil Veedu, pembikin filem pendek Junad Mohd Nor yang telah memenangi anugerah di Pesta Filem Antarabangsa Busan, dan pengarah komersial Barney Chua. Selain itu, projek Rojak 360° meraikan kepelbagaian Malaysia – ia menonjolkan keunikan dialek tempatan termasuk Hokkien Johor dan Kelate (Bahasa Melayu Kelantan), meraikan tradisi budaya yang kurang diketahui, dan mempamerkan keindahan tempat-tempat berlainan di Malaysia termasuk Batu Caves, Kota Bharu dan Taman Kota Kinabalu.

Print
Print
movie poster 3

Walaupun setiap jalan cerita, lokasi dan bahasa yang dipaparkan amat berbeza, setiap satu daripada filem-filem Rojak ini membawa naratif Hari Malaysia yang memberi ‘perisa rojak’ “Cham Cham Lagi Best”.

Berikut adalah komen-komen dari para penulis, pengarah dan pelakon tentang penglibatan mereka dalam siri filem Maxis Rojak 360° ini dan proses pembikinan dan penyuntingan filem masing-masing dalam format 360° yang baharu ini:

“Setiap tahun, kami sentiasa memberi tumpuan kepada video sambutan musim perayaan di Semenanjung Malaysia. Jadi, tahun ini, saya ingin mempamerkan sepenuhnya tema kebersamaan dengan melibatkan Malaysia Timur dan Barat - kedua-duanya dalam cerita dan juga lokasi,” kata Ming Han, salah seorang daripada ahli The Ming Thing, bintang YouTube.

“Di Malaysia, apabila kita melihat seseorang itu, tidak kira warna kulit mereka, mereka fasih bercakap lebih daripada 2 bahasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita menganggap ini sebagai satu perkara biasa. Kepada mereka yang bukan dari Malaysia, mereka mungkin melihat ini sebagai satu perkara luar biasa, tetapi filem kami bertujuan untuk menunjukkan bahawa kepada rakyat Malaysia, ini adalan normal,” kata saluran hiburan YouTube Cina terkemuka di Malaysia, RED People.

“Menghormati kepercayaan masing-masing akan manghasilkan negara yang lebih baik, sebuah negara yang kuat, berbeza dan bersatu,” kata Denes / Vimala daripada Veedu Productions, yang juga merupakan pembikin filem Vetti Pasanga, sebuah filem box office Tamil.

“Filem Gading Merah ini menekankan semangat setiakawan dan kepentingan perpaduan. Kerana bila kita bersatu, tiada yang mustahil,” kata penulis / pengarah Junad Md Nor. Filemnya, Ikal Mayang’s Odah, telah ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Busan.

Tiga daripada filem ini akan ditayangkan di YouTube pada 26 Ogos sempena Hari Merdeka manakala dua lagi filem akan dikeluarkan sempena Hari Malaysia.

Maxis Rojak 360° adalah siri filem 360° pertama di Malaysia yang dirakam sepenuhnya menggunakan kamera 360° tercanggih, dan boleh dilihat pada mana-mana telefon pintar biasa melalui YouTube.

"YouTube telah melancarkan sokongan bagi video 360-darjah video 18 bulan yang lalu dan ia amat menggalakkan untuk melihat ia digunakakan oleh jenama-jenama Malaysia seperti Maxis untuk berkongsi cerita Hari Malaysia yang memberikan inspirasi melalui realiti maya. Apa yang paling menarik tentang mod bercerita yang baharu ini ialah ia telah menghilangkan halangan fizikal yang merupakan perkara biasa dalam dua dimensi dan membuka ruang untuk mempamerkan kreativiti dan uji kaji - tahniah kepada Maxis diatas tayangan perdana #MaxisRojak360,” kata Prashant Pathmanaban, Ketua Industri Google Malaysia.

Bagi majlis tayangan filem perdana, Samsung Malaysia turut mengambil peluang yang unik ini untuk pratonton set kepala Realiti Maya (Virtual Reality - VR) terkini mereka (Samsung Gear VR), yang membenarkan penonton untuk menyorot, berputar dan meneroka filem dalam setiap arah.

Pautan bagi 3 filem pertama adalah seperti di bawah (paling baik dilihat pada skrin mudah alih melalui Maxis 4G):

  1. “Rojak 360 Lost and Found” - oleh The Ming Thing
    Memberi tumpuan kepada perbezaan kita kadang-kadang membuatkan kita hilang tuju arah.
    Tetapi menerima perbezaan antara satu sama lain boleh membantu kita pulang ke pangkal jalan.
    https://youtu.be/gtAEoiDkSEc
  2. “Rojak 360 Cham Cham” - oleh RED People
    Satu hari dalam kehidupan seorang rakyat Malaysia, dirakam secara 360° daripada sudut pandangan pencerita. Sebuah filem mengenai kepelbagaian dan erti sebenar keluarga.
    https://youtu.be/39Nv1czCclA
  3. “Rojak Cow Cow” - oleh Veedu Productions
    Sebuah filem mengenai perbezaan antara satu sama lain. Diset pada satu hari yang menunjukkan sebuah keluarga berpindah ke rumah baru mereka. Dengan seekor lembu yang dinamakan Letchumi.
    https://youtu.be/dhODttqOzdQ

To find out more about Maxis Rojak 360°, visit www.maxis.com.my/rojak360

Archives
Tags