Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Kedudukan Kewangan Kukuh, Transformasi Berterusan

Maklumat Penting:

Tahun ke tahun – Suku pertama 2016 berbanding Suku pertama 2015:

  • Hasil perkhidmatan berjumlah RM2,126 juta berbanding RM2,127 juta tahun lalu, disokong oleh pelanggan dengan Purata Hasil Setiap Pengguna (Average Revenue Per User - ARPU) yang tinggi
  • Hasil pascabayar meningkat 2.3% kepada RM994 juta daripada RM972 juta, dipacu oleh asas yang kukuh melalui ARPU yang tinggi bagi langganan pelan MaxisONE
  • Hasil prabayar 3.5% lebih rendah pada RM1,015 juta berbanding RM1,052 juta pada suku pertama tahun lalu. Walaupun terdapat tarikan berterusan yang baik bagi ARPU Internet mudah alih, langganan diimpak disebabkan oleh persaingan berfokuskan harga
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortisation - EBITDA) meningkat 6.7% kepada RM1,156 juta daripada RM1,083 juta, tidak termasuk impak pertukaran asing tidak direalisasikan (forex).
  • Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax - PAT) meningkat 0.4% kepada RM484 juta daripada RM482 juta, selepas pelarasan bagi susut nilai dipercepatkan oleh kerana pemodenan rangkaian
  • Mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham

 

Suku ke suku - Suku pertama 2016 berbanding Suku ke-empat 2015:

  • Hasil perkhidmatan lebih rendah pada RM2,126 juta berbanding RM2,160 juta
  • EBITDA dinormalkan tidak termasuk impak forex tidak direalisasikan, meningkat kepada RM1,156 juta daripada RM1,121 juta
  • PAT dinormalkan meningkat 1.5% kepada RM484 juta daripada RM477 juta

 

Prestasi kewangan yang stabil walaupun menghadapi persaingan berfokuskan harga:

  Suku pertama 2015 (RM’juta) Suku ke-empat 2015 (RM’juta) Suku pertama 2016 (RM’juta) Suku ke Suku (%) Tahun ke Tahun (%)
Hasil Perkhidmatan
2,127
2,160
2,126
(1.6)
0.0
EBITDA Dinormalkan
1,083
1,121
1,156
(3.1)
6.7
Margin EBITDA diatas Hasil Perkhidmatan
50.9%
51.9%
54.4%
-
PAT
483
477
484
1.5 0.4
Perbelanjaan Modal
135
635
159
-

 

Memperkuatkan usaha dalam memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Liputan 4G LTE terluas di negara, yang meliputi 74% daripada penduduk, termasuk lebih lokasi di luar bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak
  • Melancarkan Maxperts, satu pasukan ala ‘SWAT’ yang mempunyai kepakaran Internet dan merupakan pasukan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan bukan korporat di Malaysia, untuk memastikan jalur lebar kediaman pelanggan dipasang dengan betul dan dioptimumkan di seluruh rumah
  • Pelanggan pascabayar MaxisONE kini boleh menggunakan pelan MaxisONE mereka di luar negara, dengan panggilan dan teks tanpa had dan semua data yang ditawarkan bersama pelan MaxisONE mereka. Ia sesungguhnya menghapuskan setiap kebimbangan dan ketidakpastian berkaitan dengan perayauan.

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Pada suku tahun ini, kami mencatatkan tahap hasil dan keuntungan yang sama berbanding tahun lalu dalam konteks pasaran yang bergelora dengan pelbagai aktiviti promosi. Kami amat gembira dengan prestasi semua tawaran MaxisONE kami, yang kini menghampiri satu juta pelanggan. Kami juga bangga dengan rangkaian LTE kami yang telah meluas dan juga peneraju dalam industri, yang telah mencecah lebih 74% daripada penduduk Malaysia. Ini didorong oleh peningkatan ketara lebih daripada 100% dalam penembusan peranti 4G dalam asas pelanggan kami. Perkembangan transformasi kami juga sedang berjalan dengan lancar menuju ke arah persekitaran yang berasaskan digital, khususnya dalam peningkatan yang tinggi dalam jumlah pelanggan yang menggunakan aplikasi kami sebagai saluran utama mereka untuk berinteraksi.

Memang jelas bahawa rakyat Malaysia sukakan Internet dan mereka inginkan lebih Internet. Bagi Maxis, kami bukan hanya ingin menyediakan lebih data, tetapi kami mahu membolehkan pelanggan melakukan lebih banyak dengan data mereka melalui rangkaian No. 1 Malaysia. Esok, kami akan mengumumkan inovasi selanjutnya ke arah ini. Kinilah masanya untuk bersama dengan Maxis.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku pertama 2016 Maxis, sila klik di sini: https://youtu.be/86pEinA5IYo

 

 

Archives
Tags