Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Melancarkan ‘8GB Sebulan Seumur Hidup’ Percuma

Berikutan pengumuman Maxis baru-baru ini berkenaan dengan pelan MaxisONE yang dinaiktaraf bagi pelanggan pascabayar, Hotlink kini memberi tawaran yang turut menarik bagi pengguna prabayar yang semakin menggemari Internet.

Pelan prabayar Hotlink FAST kini memberi pelanggannya 2GB Internet 4G PERCUMA setiap hujung minggu SEUMUR HIDUP. Ini bersamaan dengan 8GB sebulan bagi penstriman, pelayaran dan perkongsian tanpa henti pada hujung minggu. Tiada perbelanjaan minimum atau tambah nilai minima yang diperlukan. Apa yang mereka perlu lakukan adalah hanya memastikan akaun mereka aktif.

Para pengguna semasa Hotlink FAST secara automatik akan dinaiktaraf dengan ciri baru ini. Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna prabayar untuk mula mencuba rangkaian 4G terunggul Hotlink, Hotlink akan menawarkan ciri ‘8GB PERCUMA setiap bulan pada hujung minggu’ secara tetap “SEUMUR HIDUP” bagi mana-mana pelanggan yang melanggan Hotlink FAST baru.

Untuk Internet bukan hujung minggu, kedua-dua pengguna 3G dan 4G boleh menikmati tawaran Internet PANTAS yang hebat seperti 5GB untuk RM48 sebulan, dan pas prabayar harian yang paling mampu dimiliki pada harga RM3 untuk 1GB. Dan bagi mereka yang tidak boleh hidup tanpa WhatsApp, LINE, WeChat atau FB Messenger, terdapat juga Chat Sosial Percuma, 24 jam sehari, setiap hari.

 

Pelan prabayar Hotlink FAST

 

“Pengguna prabayar 3G dan 4G kami amat menggemari Internet dan mereka inginkan lebih banyak data untuk semua penstriman, pelayaran dan perkongsian mereka di media sosial. Itulah sebabnya kami sentiasa menawarkan tawaran hebat dan pas pada harga yang menarik untuk memastikan mereka sentiasa berhubung dengan apa jua mereka sukakan. Dan dengan harga telefon mudah alih 4G LTE yang kini sudah jatuh serendah RM150, kami juga percaya bahawa 2016 adalah tahun dimana paling ramai pengguna prabayar akan membeli telefon 4G pertama mereka. Bersama-sama dengan peningkatan dalam populariti perkhidmatan penstriman dan perkongsian di telefon mudah alih, penggunaan data 4G juga bakal meningkat dalam segmen prabayar sepertimana telah berlaku dalam segmen pascabayar,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

MMS0358_Hotlink StarterPack_2

Untuk mendapatkan Hotlink FAST baru, pelanggan hanya perlu melawat pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink FAST boleh berbuat demikian melalui Aplikasi Hotlink RED. Mereka hanya perlu pergi ke ‘More’, memilih 'My Account’ dan memilih 'Change’ di sebelah 'Rateplan’. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST terbaru ini, lawati www.hotlink.com.my.

Archives
Tags