Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Pembawa Eksklusif Oneplus2 Di Malaysia

Berikutan pelancaran OnePlus One pada bulan April, Maxis dan OnePlus sekali lagi bekerjasama untuk pelancaran OnePlus 2 yang amat dinanti-nantikan di Malaysia. Sama seperti OnePlus One, Maxis adalah pembawa eksklusif OnePlus 2, dan akan menawarkan telefon pintar ini melalui Maxis Online Store di www.store.maxis.com.my mulai 22 September dari jam 10 pagi dan seterusnya, secara eksklusif bagi pelanggan yang menerima jemputan khas untuk membeli telefon pintar tersebut. Penghantaran peranti kepada pelanggan yang telah membuat pesanan dalam talian akan bermula pada 28 September dan telefon ini juga akan disediakan di kedai-kedai Maxis di seluruh negara pada tarikh yang sama. Pelanggan yang masih belum mendaftar untuk jemputan boleh berbuat demikian di www.maxis.com.my/oneplus2.

Model OnePlus 2 Sandstone Black 64GB yang akan dijual pada harga RM1,687, boleh didapati dengan Maxis Zerolution pada hanya RM104 sebulan. OnePlus 2 juga dilengkapi dengan pelan-pelan MaxisONE baru yang kini menawarkan data sehingga 8GB data pada rangkaian 4G LTE yang terluas dan terpantas di Malaysia. Pelan-pelan baru juga akan terus menawarkan Panggilan dan SMS tanpa had ke mana-mana nombor di Malaysia, dan kini bermula pada harga RM98 sebulan.

“OnePlus telah menjadi salah satu jenama telefon pintar yang paling dicari-cari di pasaran dan terus menarik perhatian peminat teknologi. Sekali lagi, Maxis adalah pembawa eksklusif OnePlus 2 dan kami teruja untuk menambahkannya kepada pilihan peranti kami yang beraneka jenis. Dengan program Maxis Zerolution, pelanggan akan dapat menikmati semua ciri-ciri canggih yang ditawarkan oleh telefon ini pada nilai yang terbaik, melalui rangkaian data yang terbaik di negara ini,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis. “Kami gembira untuk membawa OnePlus 2 kepada peminat kami di sini. Saya juga berbangga untuk mengumumkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di rantau ini untuk mendapatkan OnePlus 2. Maxis juga telah merangka satu pakej yang sangat menarik melalui program Zerolution mereka tanpa sebarang kontrak atau ikatan untuk membuat OnePlus 2 lebih mampu dimiliki,” kata Adrian Lee, Pengurus Besar, OnePlus Asia Tenggara. “Maxis juga merupakan pembawa pertama yang akan menggunakan sistem OnePlus Invites untuk memastikan bahawa peminat kami diutamakan. Peminat yang menerima kod jemputan mereka boleh berjalan ke mana-mana kedai Maxis. Jurujual akan mengesahkan jemputan dalam talian dan tidak lama lagi, pengguna akan menjadi pemilik OnePlus 2. Ini adalah kerjasama pertama seumpamanya dengan sebuah pembawa dan kami sangat gembira untuk melancarkannya di Malaysia.”

Berikut adalah pelan harga untuk OnePlus 2:

OnePlus 2 dengan Maxis Zerolution
Harga Peranti*
RM1,687
Bayaran pendahuluan untuk telefon
RM0
Bayaran bulanan untuk telefon
RM59/sebulan
Telefon baru setiap tahun
RM30/sebulan
Perlindungan peranti
RM15/sebulan
Apa yang perlu dibayar
RM0 today + RM104/sebulan
Bayaran penuh untuk 12 bulan*
RM1,248
Kontrak

Tiada tempoh ‘dikunci’

Dapatkan telefon baru setiap tahun

Caj penamatan awal
Hanya bayar baki bayaran telefon

*Tidak termasuk  GST 6%

oneplus 3
oneplus 5

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan kadar OnePlus 2 dan ciri-ciri utama telefon pintar ini, sila layari www.maxis.com.my/oneplus2 atau www.oneplus.net.

Archives
Tags