Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Kakitangan Maxis Mewujudkan Impak Positif Terhadap Komuniti Dengan Idea-idea Mudah

Cara bekerja baru Maxis adalah salah satu yang ditanam dari nilai-nilai Positif, Bersemangat dan Bekerjasama (Positive, Passionate and Collaborative), bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga sebagai warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial. Kakitangan Maxis baru-baru ini bersama-sama menunjukkan bagaimana idea-idea mudah boleh memberi impak kepada masyarakat. Baru-baru ini, dua kempen selaras dengan budaya kerja dan nilai-nilai yang baru memanfaatkan sebanyak 11 rumah kebajikan.

Minum Kopi Sambil Beramal
Apabila Maxis memulakan perjalanan transformasinya, salah satu bidang tumpuan ialah untuk mewujudkan tempat kerja yang menarik. Sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pengubahsuaian pejabat, satu bahagian daripada pejabat telah diubahsuai menjadi sebuah kafe mini, di mana kakitangan Maxis boleh berehat dan menikmati secawan kopi. Untuk mendapatkan minuman pilihan, mereka hanya perlu membeli Charity Coffee Card dan hasil kutipan daripada kad ini kemudiannya disalurkan kepada badan amal terpilih. Dalam tempoh lima bulan pertama sejak ia diperkenalkan, lebih dari RM30,000 telah dikumpul dan didermakan kepada tiga rumah kebajikan. Para penghuni dari rumah-rumah tersebut telah dijemput ke pejabat Maxis untuk menerima cek mereka dan juga menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta sarapan lewat pagi.

Sumbangan Komputer
Mengenal pasti mereka yang memerlukan komputer untuk kerja pentadbiran dan pembelajaran harian mereka, Maxis baru-baru ini menyumbangkan sebanyak 110 komputer yang pernah digunakan dan dikenalpasti berada dalam keadaan baik, kepada lapan rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Sukarelawan Maxis membuat lawatan ke rumah-rumah tersebut untuk menyerahkan komputer riba dan juga membantu para penghuni dalam mengkonfigurasikan komputer tersebut agar dapat digunakan dengan serta merta. Senyuman yang terukir di muka mereka membuatkannya amat berbaloi!

laptop3

Penghuni dari Beautiful Gate Foundation, Trinity Community Children Home Society dan Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal An-Nur Kuala Lumpur & Selangor menikmati hari yang menyeronokkan di pejabat Maxis dengan pelbagai permainan dan aktiviti.

laptop4

Sukarelawan Maxis menyerahkan komputer riba kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak2 Selangor Klang Utama Caring Home, Good Samaritan Home, Pusat Kebajikan Good Shepherd (Teenage Centre), Beautiful Gate Foundation for the Disabled, Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan, Independent Living & Training Centre, Persatuan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak (PSPK).

Archives
Tags