Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Dapatkan Lebih Dari Apa Yang Anda Bayar Dengan ReloadPlus


Pelanggan Hotlink yang ingin mendapatkan lebih nilai bagi panggilan dan SMS kini boleh berbuat demikian dengan ReloadPlus, yang menawarkan lebih lagi nilai berbanding tiket tambah nilai biasa. Dengan ReloadPlus, pelanggan akan mendapat apa yang mereka bayar bagi panggilan dan SMS, berserta internet berkelajuan tinggi yang diupaya 4G LTE dengan percuma.

Berikut adalah bagaimana ReloadPlus berfungsi bagi dua pilihan yang ditawarkan: 

ReloadPlus RM10
                ReloadPlus RM15

Panggilan Tempatan dan SMS

(sahih selama 7 hari)

RM10
RM15

Serta Internet Berkelajuan Tinggi PERCUMA  (diupaya 4G LTE)
(sahih selama 7 hari)

100MB (bernilai RM5)
250MB (bernilai RM10)


Pelanggan yang ingin mendapatkan lebih banyak data juga boleh membeli data sebanyak 100 MB pada hanya RM1 dengan ReloadPlus Deals, iaitu untuk pek ReloadPlus RM15. Sementara itu, pelanggan baru yang mengaktifkan pelan #Hotlink mereka akan menerima data tambahan sebanyak 100 MB dengan setiap ReloadPlus dalam 7 hari pertama.

Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata, "Di Hotlink, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pelanggan kami pengalaman internet mudah alih yang terbaik. Dalam tambah nilai biasa, seseorang akan mendapatkan masa keudara berdasarkan apa yang mereka bayar. Dengan ReloadPlus, kami memberikan para pelanggan semua itu DAN data percuma, oleh itu, ia menawarkan nilai yang lebih baik. Tambahan pula, semua data yang kami tawarkan ini adalah melalui Internet berkelajuan tinggi yang diupaya 4G LTE menerusi rangkaian data yang terbaik, oleh itu, bukan sahaja pelanggan kami mendapat lebih daripada apa yang mereka bayar, mereka juga akan menikmati pengalaman Internet yang terbaik."

ReloadPlus boleh dibeli di mana-mana Pusat Maxis, Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partner - MEP) atau peniaga Hotlink di seluruh negara. Mereka juga boleh mendapatkannya dengan mendail *100# pada telefon mudah alih mereka, dan memilih Hot Deals, diikuti ReloadPlus. Untuk melihat semua pas yang sedia ada, pelanggan boleh mengakses Hotlink RED App mereka dan klik pada 'RELOADPLUS'. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotlink.com.my

Archives
Tags