Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Merekodkan Prestasi Kukuh Bagi Suku Kedua 2015

Maxis Berhad (Maxis) terus mengukuhkan prestasi operasi dan kewangan bagi suku kedua 2015, disokong oleh proposisi pelanggan yang kukuh dan rangkaian berprestasi tinggi.

Hasil perkhidmatan bagi suku kedua 2015 sebanyak RM2,094 jatuh sedikit daripada suku pertama 2015 tetapi 2.2% lebih tinggi daripada suku kedua 2014. Momentum pertumbuhan prabayar suku-ke-suku diimpak akibat pelaksanaan GST baru-baru ini ke atas perkhidmatan prabayar.

Bilangan pelanggan yang menjana hasil (revenue generating subscribers - RGS) terus meningkat dalam suku kedua untuk membawa jumlah RGS kepada 12.2 juta. Maxis kini mempunyai 9.1 juta pengguna Internet mudah alih dan penembusan telefon pintarnya berada pada tahap 65% bagi suku ini.

Bagi suku kedua, Maxis mencatatkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amotisation – EBITDA) sebanyak RM1,101 juta dan margin EBITDA sebanyak 52.2%, berbanding RM1,047 juta dan 48.7% pada suku sebelumnya. Peningkatan EBITDA disebabkan terutamanya oleh quantum kerugian pertukaran mata wang asing yang lebih rendah pada suku dalam kajian. Berbanding dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya, EBITDA dan margin EBITDA masing-masing meningkat sebanyak 3.5% dan 1.1% dari RM1,064 juta dan 51.1%.

Keuntungan selepas cukai bagi tempoh ini berjumlah RM485 juta, 6.6% lebih tinggi daripada RM455 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya dan tinggi sedikit berbanding suku kedua 2014.

Suku ini juga menyaksikan Maxis melabur lebih tinggi pada RM260 juta untuk menyokong pemodenan rangkaian, pengembangan LTE dan menaik taraf kapasiti untuk menyokong peningkatan trafik. Maxis akan meneruskan perbelanjaan modal yang tinggi untuk 2015 sekurang-kurangnya RM1.1 bilion untuk menyelesaikan pemodenan rangkaiannya, memacu perkembangan 4G LTE, serta mempertingkatkan kapasiti dan kualiti. Maxis juga menerajui liputan penduduk 4G LTE di negara ini, mendekati 41% daripada penduduk dan meliputi pusat pasaran utama dan ibu negeri. Sasarannya adalah untuk mencapai lebih separuh daripada penduduk Malaysia pada akhir tahun ini.

Proses penambahbaikan yang berterusan dan prestasi rangkaian telah menyebabkan bukan sahaja asas pelanggan yang lebih besar, tetapi juga pelanggan lebih gembira, dapat dilihat dari tahap aduan yang menurun sebanyak separuh sejak tahun lalu dankini berada pada tahap terendah sejak lebih satu dekad yang lalu.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, “Dari segi operasi dan kewangan, ini adalah satu suku yang baik bagi Maxis, dengan mengambil kira rintangan awal GST dan kesan umum GST di atas prabayar. Fokus utama kami bagi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan dan menyediakan rangkaian yang terbaik untuk data membuahkan hasil dengan para pelanggan yang bertambah dan juga lebih gembira.”

Syarikat telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak lima sen sesaham.

Archives
Tags