Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis ZEROLUTION Menjanjikan Kebebasan Dari Kontrak Telefon 24 Bulan Dan Pembayaran Pendahuluan

Maxis ZEROLUTION adalah program pemilikan telefon yang menghapuskan semua halangan, sekatan dan kesusahan yang selalu dikaitkan dengan kontrak telefon. Ia adalah kontrak telefon yang pertama tanpa bayaran pendahuluan, tanpa penalti untuk menukar pelan dan ansuran tanpa faedah yang mudah (kad kredit tidak diperlukan) dan ciri “Telefon Baru Setiap Tahun” yang menarik. Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia akan dapat menaiktaraf ke telefon baru setiap tahun.

zerolution4

(Left to right) Dushyan Vaithiyanathan, Maxis’ Head of Consumer Business, Arjun Arman, Maxis’ Head of Postpaid and Michael Tung, Maxis’ Head of Device Marketing, together at the launch of Maxis’ Zerolution at Menara Maxis earlier today.

“Rakyat muda Malaysia hari ini kini menukar telefon mereka setiap 12 hingga 18 bulan. Itulah sebabnya kontrak syarikat telekomunikasi yang tidak fleksibel dan yang mengikat pelanggan selama 24 bulan adalah terlalu terbatas untuk pelanggan pascabayar hari ini. Kontrak tradisional memaksa pelanggan untuk “dikunci dalam” pelan tetap selama 24 bulan, dan caj penalti yang keterlaluan untuk menukar pelan atau penamatan awal. Paling teruk sekali, pelanggan terpaksa menggunakan telefon yang sama selama 24 bulan sehingga kontrak mereka berakhir, dan hanya boleh membeli telefon baru beberapa bulan selepas rakan-rakan mereka telah menaik taraf ke telefon terbaru,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

“Dengan Zerolution, anda boleh mengunjungi kedai-kedai kami tanpa satu sen pun, berjalan keluar dengan telefon baru, dan menukar telefon tersebut setiap tahun - semua tanpa terperangkap dalam kontrak 24 bulan.”

Maxis juga mengumumkan pelan-pelan MaxisONE baru yang kini menawarkan data sehingga 8GB data pada rangkaian 4G LTE yang terluas dan terpantas di Malaysia. Pelan-pelan baru juga akan terus menawarkan Panggilan dan SMS tanpa had ke mana-mana nombor di Malaysia, dan kini bermula pada harga RM98 sebulan.

 

zerolution5

Nota: Jumlah bulanan dalam jadual di atas termasuk perlindungan peranti premium.

zerolution6

Untuk mendaftar ke Zerolution melalui Pelan MaxisONE baru, sila lawati mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara atau lawati Maxis Online Store kami. Untuk maklumat lanjut mengenai Zerolution, sila layari www.maxis.com.my.

Archives
Tags