Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Memberi Peluang Untuk Anda Beramah Mesra Dengan Royal Pirates!

Bermula dengan One Direction, kemudian Ed Sheeran dan The Script, Hotlink terus menawarkan pengalaman epik #LiveLifeLoud dengan membawa kepada peminat satu lagi kumpulan muzik antarabangsa, Royal Pirates. Pelanggan akan mempunyai peluang untuk menonton kumpulan pop-rock Korea-Amerika memberi persembahan khas dimana mereka akan menyanyikan beberapa lagu popular mereka secara langsung, serta dapat mendekati Royal Pirates dengan lebih rapat lagi.

Sebagai sebahagian daripada persembahan Royal Pirates yang pertama di Malaysia, pelanggan Hotlink boleh memenangi tiket ke persembahan mereka di Kota Kinabalu pada 1 Mei dan di Kuala Lumpur pada 3 Mei, selain menikmati pengalaman khas dengan kumpulan tersebut. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 22 April.

Berikut adalah cara-cara untuk menang:

Untuk memenangi tiket ke persembahan dan pengalaman khas (Hadiah Utama), pelanggan perlu menghantar video di mana mereka perlu berkongsi satu soalan yang mereka ingin tanya Royal Pirates.

Untuk memenangi tiket ke persembahan (Hadiah Tempat Kedua & Ketiga), pelanggan perlu menghantar imej kumpulan pada media sosial dan dalam kapsyen, berkongsi satu soalan yang mereka ingin tanya Royal Pirates. Imej ini boleh didapati di laman Facebook Hotlink, Hotlink RED App dan laman web Hotlink.
Hantarkan penyertaan mereka melalui Facebook/Instagram/Twitter dengan hashtag berikut: #Hotlink #AlwaysOn dan sertakan #RoyalPiratesKL atau #RoyalPiratesKK (bergantung kepada lokasi pilihan mereka)
Bagi penyertaan Facebook sahaja, peserta perlu menghantar e-mel dengan pautan penyertaan mereka ke hotlinkred@maxis.com.my
Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Pelanggan perlu memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan
Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Hadiah-hadiah utama termasuk:

Hadiah Utama (10 pemenang) - Setiap pemenang akan dapat meluangkan masa bersama Royal Pirates semasa Pengalaman Khas dan memenangi 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)
Hadiah Tempat Kedua (10 pemenang) - Setiap pemenang akan mendapat 1 Pas Meet & Greet dan 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)
Hadiah Tempat Ketiga (50 pemenang) - Setiap pemenang akan mendapat 2 Pas Persembahan (Showcase Pass)

Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Kami benar-benar teruja untuk membawa kumpulan Pop Korea yang terbaru ini kepada para peminat Malaysia untuk persembahan mereka yang pertama di sini. Inilah kelebihan Hotlink - ia menyediakan platform bagi para pelanggan kami untuk menikmati pengalaman yang unik, semuanya melalui satu aplikasi tunggal. Anda boleh mengharapkan acara-acara muzik terbaik, serta ganjaran eksklusif lain yang tidak boleh ditemui di tempat lain! "

Royal Pirates akan mengadakan persembahan mereka di 1Borneo Mall di Kota Kinabalu pada 1 Mei, dan di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 3 Mei. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Royal Pirates Hotlink, sila layari www.hotlink.com.my

 

Hotlink gets you up close and personal with Royal Pirates! KL
Hotlink gets you up close and personal with Royal Pirates! KK
Archives
Tags