Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Rakyat Sabah Menonjolkan Bakat Dalam Pertandingan Nyanyian Hotlink Starz

Pertandingan Nyanyian Hotlink Starz

 

Rakyat Sabah berumur 16 tahun ke atas baru-baru ini mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat nyanyian mereka untuk peluang memenangi wang tunai dan hadiah-hadiah dengan mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian Hotlink Starz pada 28 September. Pertandingan yang diadakan di Buhavan Square, Donggongon, menarik lebih 80 penduduk Sabah dari seluruh kawasan Penampang, Kota Kinabalu, dan juga dari bahagian-bahagian lain di negeri Sabah termasuk Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Tawau dan Tambunan.

Semasa pertandingan tersebut, para peserta diberi pilihan untuk menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Kadazan atau Cina di hadapan panel hakim yang terdiri daripada artis-artis popular tempatan Sabah iaitu Abu Bakar Ellah, Nikki Palikat dan Harold Hsieh. Tiga puluh peserta telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir, dimana empat peserta teratas telah dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai dan trofi, manakala 11 lagi memenangi hadiah sagu hati wang tunai bernilai RM100 setiap seorang.

Selepas menghiburkan orang ramai dengan lagunya, 'Power of Love', Sophiana Abdullah dari Lahad Datu dinamakan sebagai Juara pertandingan nyanyian Hotlink Starz, dan membawa pulang RM3,000 dan sebuah trofi. Naib Juara adalah Abdul Hakim Bin Azizd, dari Likas, yang menyanyikan lagu Bruno Mars bertajuk 'When I Was Your Man', dan memenangi RM2,000 dan sebuah trofi. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Sitipah Binti Jahamin, dari Ranau, yang menyanyikan 'Luka Dilukai' dan memenangi RM1,000 dan trofi. Persembahan Terbaik dimenangi oleh Casey Lam Kong Yaw, dari Kota Kinabalu. Beliau menghiburkan khayalak ramai dengan sebuah lagu Cina dan membawa pulang RM500 dan sebuah trofi.

"Hotlink bangga kerana kami merupakan jenama dinamik dan menyeronokkan yang memahami kehendak para pelanggan kami. Pertandingan Hotlink Starz merupakan satu lagi inisiatif yang menyeronokkan dan menarik bagi kami untuk melibatkan diri dengan para pelanggan kami di sini di Sabah, dengan memberikan mereka satu platform untuk menonjolkan bakat terpendam mereka bagi peluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah. Yang penting, ia adalah satu tanda terima kasih kepada semua rakyat Sabah kerana membantu Hotlink menjadi syarikat telekomunikasi prabayar yang paling pesat berkembang di Sabah. Kami gembira kerana begitu ramai rakyat Sabah dari seluruh negeri telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dan sambutan yang positif ini akan mendorong kami untuk memperkenalkan lebih banyak acara dan aktiviti untuk manfaat pelanggan kami," kata Anthony Ho, Ketua Rantau Sabah Maxis.

Selain menonton para peserta mempamerkan bakat nyanyian mereka pada acara tersebut, para penduduk Sabah juga berpeluang menikmati promosi khas #Hotlink, mengambil bahagian dalam pelbagai permainan dan aktiviti, serta pertandingan mewarna dan aktiviti-aktiviti lain untuk kanak-kanak.

Jenama Hotlink diwakili oleh pelan prabayarnya yang mampu mengubah segmen prabayar, #Hotlink, satu-satunya proposisi prabayar yang menawarkan pengalaman internet 'sentiasa terhubung' dengan internet asas berterusan percuma dan internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari. Di samping itu, pelanggan di Sabah dapat menikmati panggilan percuma ke semua nombor Maxis atau Hotlink dengan #Hotlink. Mereka hanya perlu menambah nilai sebanyak RM5, dan terus menikmati panggilan percuma bernilai 25 minit, dan sehingga 100 minit jika mereka menambah nilai sebanyak RM30 atau lebih.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila lawati www.hotlink.com.my/sabah.

Archives
Tags