Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Keuntungan Bersih Suku Pertama Maxis Meningkat Ke RM488 Juta

Data meningkat dengan ketara; Suara dan SMS menurun
Trend margin yang lebih baik dari yang dijangka; Margin EBITDA sebanyak 50.6%
Menyempurnakan komitmen dividen; mengumumkan dividen interim pertama sebanyak sebanyak RM600 juta atau lapan sen sesaham

Maxis Berhad (Maxis), merekodkan Keuntungan Selepas Cukai (Profit After Tax - PAT) sebanyak RM488 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2014, peningkatan sebanyak 2.5% dari RM476 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat merekodkan hasil sebanyak RM2,119 juta bagi suku tersebut. Internet mudah alih kekal sebagai penyumbang utama dan menyumbang 27% daripada hasil mudah alih. Pada suku tersebut, hasil mudah alih telah diimpak oleh penyingkiran sengaja dan pengurangan ketara hasil bukan mampan daripada caj bayar bila guna (pay per use) berkaitan dengan perantauan data dan data prabayar. Inisiatif ini adalah perlu untuk memastikan para pelanggan menikmati pengalaman tanpa bimbang apabila mereka bersama Maxis.

Bagi suku dibawah ulasan, margin Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amotisation - EBITDA) meningkat sebanyak 2.4 mata peratusan kepada 50.6% berbanding Q1 2013 manakala EBITDA keseluruhan adalah sebanyak RM1,073 juta.

Maxis terus melabur dalam rangkaiannya dengan perbelanjaan modal sebanyak RM118 juta pada suku pertama ini untuk pemodenan rangkaian, kapasiti dan peningkatan kualiti serta peningkatan liputan 4G secara tertumpu. Inisiatif-inisiatif sepanjang 2014 ini akan memastikan bahawa Maxis mempunyai platform IT dan rangkaian yang dibina untuk terus menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik. Maxis menerajui pasaran dalam menyediakan jejak rangkaian berkelajuan tinggi yang terluas di negara ini, dan ini amat penting untuk membantu pelanggan terus kekal terhubung di lebih banyak lokasi di seluruh Malaysia.

Secara keseluruhan, inisiatif transformasi Maxis adalah tertumpu kepada menyampaikan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi, memberikan pelanggan kebebasan untuk berkomunikasi dan terhubung di mana sahaja, pada bila-bila masa. Unutk menyokong aspirasi ini, kami memberikan pelanggan pengalaman Internet yang terbaik, harga yang kompetitif, pengalaman peruncitan dan perkhidmatan pelanggan yang baik serta penyelesaian paling inovatif dan terkini. Pada suku pertama ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi akses Internet tanpa berasa bimbang dan memberi pelanggan peluang untuk menggunakan data dengan cara yang mereka ingini, antara lainnnya, Maxis telah memperkenalkan Hotlink 4G, talian tambahan data untuk keluarga, hot tiket tambahan dan Activ10 untuk #Hotlink.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, “Seperti yang dijangka, suku pertama ini dipenuhi dengan inisiatif transformasi, yang juga merupakan fokus utama kami sepanjang tahun 2014. Kami telah menetapkan standard yang amat tinggi dan kami akan terus menangani perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Kami berpuas hati bahawa kami telah meningkatkan keuntungan bagi suku pertama, pada masa yang sama, kami terus memberi fokus sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keupayaan kami, supaya dapat memberikan apa yang kami dan pelanggan kami definisikan sebagai ‘pengalaman yang hebat’.”

Maxis mengumumkan dividen interim pertama dikecualikan cukai satu peringkat sebanyak RM600 juta atau lapan sen sesaham.

 

Sokongan Kuat dari Pemegang Saham di Mesyuarat Agung Tahunan Maxis Ke-Lima dan Mesyuarat Agung Luar Biasa

Pemegang saham Maxis meluluskan semua resolusi yang dicadangkan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat yang ke-lima lima dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada awal hari ini. Untuk pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, pemegang saham telah meluluskan dividen akhir dikecualikan cukai satu peringkat sebanyak lapan sen sesaham biasa. Empat dividen interim dibayar dan dividen akhir yang diluluskan membawa jumlah dividen untuk tahun 2013 kepada 40 sen sesaham dan jumlah pembayaran dividen kepada pemegang saham sebanyak RM3 bilion.

Archives
Tags