Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Pelanggan Maxis Dan Hotlink Menikmati Tiket Bas Dan Bot Percuma Sempena Hari Gawai

400 pelanggan menerima tiket bas dan bot percuma untuk bertolak dari Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, ke mana sahaja di Sarawak
Inisiatif adalah sebahagian daripada usaha Maxis untuk memberi ganjaran kepada pelanggan diatas sokongan berterusan mereka


Maxis Berhad (Maxis) telah memeriahkan lagi sambutan Hari Gawai tahun ini bagi 400 pelanggan dari seluruh Sarawak apabila ia menawarkan mereka perjalanan percuma ke kampung halaman sebagai sebahagian daripada program 'Free Ride Home'. Maxis telah memberi sebanyak 300 tiket bas dan 100 tiket bot untuk pelanggan pascabayar dan prabayar (Hotlink) yang pulang ke kampung halaman masing-masing antara 17 Mei dan 2 Jun 2014 untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara 17 Mei dan 30 Mei 2014, pelanggan telah menebus tiket bas percuma dan bertolak dari Kuching, Bintulu atau Miri, ke mana-mana destinasi di Sarawak.  Bagi tiket bot percuma, mereka telah dapat menebus tiket bagi perjalanan dari Sibu ke Kapit. Pelanggan hanya perlu mengunjungi kaunter Hotlink di mana-mana stesen bas atau terminal bot yang terpilih dalam tempoh penebusan untuk mendaftarkan minat mereka, dimana mereka telah dibimbing dalam proses penembusan. Pelanggan bukan Maxis dan bukan Hotlink juga telah layak untuk mendapatkan tiket percuma jika mereka membeli pek #Hotlink di lokasi-lokasi yang disenaraikan.  

“Kami gembira diatas kejayaan kempen Free Ride Home ini, dimana kesemua 400 tiket telah ditebus oleh para pelanggan kami, dan mereka telah pulang ke kampung halaman dengan selamat untuk meraikan Hari Gawai bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Malah, semua tiket di Kuching telah ditebus dalam masa satu hari sahaja! Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan diatas sokongan setia mereka, dan kami berharap bahawa kami dapat membawa kegembiraan ke dalam kehidupan mereka, terutamanya pada musim perayaan ini,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Para pelanggan yang menebus tiket juga merakamkan penghargaan mereka kepada Maxis kerana menawarkan ganjaran seperti program Free Ride Home ini, terutamanya sempena sambutan Hari Gawai, yang merupakan masa untuk bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Mereka juga mengulas mengenai tawaran #Hotlink, dan berkongsi bahawa mereka terutamanya menikmati internet percuma dan kadar panggilan yang rendah.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE
Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis Berhad (Maxis) maintained its growth momentum for the third quarter ended 30 September 2021, building on its convergence strategy and drawing strength from its core mobile and growing fibre broadband in a continued challenging environment.

TELL ME MORE