Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Semua Boleh Menang Pada Musim Bolasepak Dunia Ini Dengan Peraduan Hotlink Bolananza!

Berita baik bagi semua peminat bolasepak! Pada musim bolasepak dunia ini, pelanggan Hotlink boleh mengambil bahagian dalam peraduan Bolananza Hotlink, yang menawarkan wang tunai dan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1,000,000. Untuk menang dengan Bolananza, pelanggan hanya perlu memilih pasukan bolasepak kegemaran mereka untuk menang dan mendapat ganjaran dalam bentuk panggilan, SMS dan data, yang bernilai sehingga RM60. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 14 Julai 2014.

Berikut adalah cara untuk mengambil bahagian dalam peraduan Bolananza:

Ikut serta (opt-in) peraduan ini secara percuma dengan menghantar ”YESWIN / YAWIN” ke 22010. Selain itu, pelanggan boleh dail *100# dari telefon mudah alih mereka dan pilih “Hot Deals”, diikuti dengan “Bolananza Contest”
Terima senarai pasukan yang akan beraksi dalam perlawanan pada hari berikutnya
Pilih pasukan pilihan dengan menghantar kod pasukan (contoh: BRA untuk Brazil) ke 22010. Pelanggan akan dikenakan caj RM2 untuk setiap pemilihan pasukan.
Jika pasukan yang mereka pilih menang, pelanggan tersebut akan diberi ganjaran dalam bentuk 100 minit panggilan suara, 100 SMS dan 1 GB data bernilai sebanyak RM60. Jika pasukan mereka kalah atau seri, mereka masih akan memenangi 20 minit panggilan suara, 20 SMS dan 20 MB data bernilai sebanyak RM7. Pelanggan akan menerima panggilan, SMS dan data mereka pada jam 12 tengahari pada hari perlawanan tersebut*.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 setiap seorang dalam Pusingan Bonus. Mereka hanya perlu mengumpul 10 kemenangan, jawab 5 soalan trivia bolasepak dengan betul dan 10 peserta yang memberi jawapan yang betul dalam masa yang terpantas akan memenangi hadiah utama.

“Piala Dunia boleh dikatakan acara sukan terbesar di planet ini dan setiap empat tahun, kami berkumpul bersama-sama dalam semangat meraikan sukan yang amat disayangi ini. Melalui peraduan Bolananza kami, kami menawarkan pelbagai keseronokan bersempena dengan acara istimewa ini dengan memberi pelanggan Hotlink kami peluang untuk memenangi wang tunai dan pelbagai hadiah. Dan apa yang hebat tentang Bolananza ialah, sama ada pasukan mereka menang atau tidak, setiap peserta boleh menang dengan hanya mengambil bahagian!” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Selain daripada peraduan Bolananza, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi jersi bola sepak rasmi Nike 2014 secara percuma bagi pasukan Brazil, England, Belanda atau Portugal. Pelanggan hanya perlu mengumpul kesemua 6 Tiket Tambah Nilai Edisi Bola, yang boleh didapati dalam nilai RM10 dan RM30, dan menebus jersi mereka di Pusat Maxis terpilih di seluruh negara. Promosi ini sah sehingga 31 Julai 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Hotlink Bolananza dan promosi Tiket Tambah Nilai Edisi Bola, sila lawati http://www.hotlink.com.my

* Minit dan SMS hanya sah ke nombor Maxis / Hotlink dan sah untuk 1 hari sahaja.

Archives
Tags