Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Menarik Di Pameran Bergerak Hotlink

Pelanggan mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti, memenangi hadiah-hadiah eksklusif termasuk tiket konsert Da Mouth & DJ Tenashar dan peranti Samsung 4G
Sunway Pyramid adalah lokasi utama di Lembah Klang bagi pameran bergerak Tahun Baru Cina ke seluruh negara, yang juga telah diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru

Lebih kurang 6,000 pelanggan Hotlink telah mengunjungi Sunway Pyramid dari 7 hingga 9 Februari untuk mengambil bahagian dalam keseronokan dan perayaan pameran bergerak Hotlink sempena Tahun Baru Cina. Acara ini merupakan lokasi utama dalam pameran bergerak di seluruh negara, yang telah diadakan di pusat membeli-belah dan universiti terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Di Sunway Pyramid, para pelanggan mengambil bahagian dalam pertandingan trivia dan cabaran berasaskan aplikasi bagi peluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif, termasuk tiket ke konsert Da Mouth & DJ Tenashar pada 15 Februari. Hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti peranti Samsung 4G juga menjadi rebutan, serta promosi eksklusif Hotlink 4G.

Maxis telah memulakan sambutan Tahun Baru Cina pada 13 Januari lalu dengan pelancaran Hotlink 4G, yang membolehkan pelanggan prabayar untuk menikmati kelajuan internet yang lebih pantas melalui rangkaian 4G yang pertama dan terluas di Malaysia. Antara pelanggan yang telah menikmati pengalaman internet lebih lancar dengan Hotlink 4G adalah Jessica Chee Jia Ying dari Cheras. “Apabila saya mengakses Facebook dan Google, saya disambung dengan serta merta. Saya tidak perlu menghabiskan masa menunggu atau buffering.”

Anas Hariz Bin Mohamad Idris dari Kuala Lumpur juga terus disambung ke rangkaian 4G Maxis apabila dia beralih ke Hotlink 4G. “Saya telah menggunakan Pas Bulanan 1GB dengan iPhone saya dan sangat gembira apabila perkhidmatan LTE disediakan secara automatik tanpa saya perlu menukar kad SIM saya,” kata Anas.

Prasad A/L Shunmugam dari Pulau Pinang juga menikmati kelajuan yang lebih pantas dengan Hotlink 4G di kampung halamannya. “Kelajuan yang sangat baik di Bukit Mertajam dan kawasan utama,” kata Prasad. “Saya harap Hotlink dapat meluaskan liputan 4G ke Parit Buntar!”

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink 4G, sila layari www.hotlink.com.my

Archives
Tags