Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pasukan #Hotlink Mengambil Bahagian Dalam #IceBucketChallenge, Menggesa Firma Internet Lain Untuk Turut Serta

 

Sudahkah anda menyaksikan video CEO antarabangsa dan selebriti terkenal melaksanakan ALS #IceBucketChallenge, yang kini sedang hangat disebarkan di internet? Seluruh pasukan Hotlink di Maxis merupakan pasukan korporat Malaysia yang pertama untuk menyertai inisiatif ini, sebagai tindak balas kepada cabaran yang dikemukakan oleh laman web berita tempatan Cilisos.my. Dengan harapan usaha ini akan tersebar ke seluruh negara, Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, seterusnya mencabar tiga pasukan Malaysia yang lain dalam arena internet tempatan - Cheryl Goh dan pasukan myTeksi, Khailee Ng dari Catcha.com dan @melakaboy yang menguruskan personaliti media sosial terkemuka. Untuk menyaksikan video #IceBucketChallenge Hotlink, sila klik sini.

#IceBucketChallenge bermula sebagai satu cara untuk mengutip derma dan memberi kesedaran mengenai usaha Persatuan ALS bagi penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan setakat ini telah meningkat sumbangan orang ramai kepada usaha ini. Sebagai sebahagian daripada cabaran tersebut, para peserta disimbah dengan air sejuk berais dan seterusnya mencalonkan tiga lagi orang untuk mengambil bahagian dalam cabaran yang sama dalam tempoh 24 jam. Sejak cabaran ini bermula kira-kira sebulan yang lalu, ia telah tersebar di media sosial di peringkat global dan rangkaian berita, dan telah mendapat manfaat daripada perhatian yang diperoleh oleh selebriti, atlet sukan terkenal, dan juga pegawai-pegawai eksekutif syarikat internet di Silicon Valley.

"#Hotlink adalah mengenai internet yang 'sentiasa terhubung'. Kami benar-benar percaya bahawa satu idea yang hebat yang patut disebarkan adalah satu perkara yang sangat berkuasa untuk menunjukkan kuasa 'sentiasa di web'. Kami mula melihat individu di Malaysia melibatkan diri dalam usaha ini beberapa hari yang lalu. Oleh itu, kami di Maxis sangat gembira kerana dapat peluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah syarikat untuk menyebarkan usaha ini di Malaysia," kata Sulin Lau, sambil menjelaskan mengapa pasukan mengambil cabaran ini di Taman KLCC pada hari ini.

Archives
Tags