Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Meriahkan Lagi Musim Perayaan Deepavali

Aktiviti menarik dan promosi sempena Deepa Oli 2013 Karnival
Pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk tiket penerbangan ke destinasi tempatan dan antarabangsa

Deepavali ini, pelanggan Maxis Berhad (Maxis), dan Hotlink boleh menikmati pelbagai aktiviti khas yang menarik untuk meriahkan lagi musim percutian yang akan datang dengan Karnival Deepa Oli 2013. Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam banyak aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang Karnival ini termasuklah  pertandingan kecantikan,pertandingan memasak, serta konsert yang menampilkan artis-artis popular dan cabutan bertuah.

Selain aktiviti jualan dan promosi khas dengan peniaga-peniaga tempatan terpilih, beberapa aktiviti-aktiviti utama termasuk cabutan bertuah 'Shop and Win’. Pembeli berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik , termasuk tiket penerbangan ke destinasi tempatan dan antarabangsa seperti Kochi, Kolkata dan Tiruchirappali di India, Phuket di Thailand dan juga salah satu pulau tercantik  Malaysia, Langkawi.

Karnival Deepa Oli 2013 akan diadakan di empat lokasi pada bulan Oktober , iaitu:

Little India Pulau Pinang (1 - 31 Oktober)
Little India Klang ( 22-31 Oktober )
Little India Ipoh ( 23-31 Oktober )
Little India Johor Bahru ( 12-31 oktober ).
Pelanggan yang melawat Little India Pulau Pinang dan Little India Klang pada 26 dan 27 Oktober , serta 30 dan 31 Oktober  masing-masing akan dapat menikmati Konsert Deepa Oli hotlink, menampilkan dua pelawak terkenal dari India, Vadiveloo Ganesh dan Elumalai .

T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, berkata, "Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hotlink gembira untuk menjadi sebahagian daripada perayaan ini dengan menawarkan pelanggan kami dengan ganjaran menarik dan aktiviti, melalui Karnival Deepa Oli 2013 Hotlink. Penyertaan kami dalam aktiviti-aktiviti seperti ini memberi kami peluang untuk mendekati dan mengukuhkan lagi hubungan kita bukan bukan sahaja dengan pelanggan India kami, kita tetapi juga dengan masyarakat umum, pada perayaan istimewa dalam kalendar Hindu."

"Di Maxis, kami bangga kerana dapat menghubungkan orang ramai melalui perkhidmatan komunikasi dan seterusnya meningkatkan hubungan keluarga dan masyarakat. Dengan menambah nilai kepada kehidupan orangramai, kami berhasrat untuk membuat sambutan tahun ini dengan lebih bermakna," kata Kugan.

Mr Kugan
Archives
Tags