Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Memberi Pelanggan Peluang Untuk Memenangi Pas Zon Hotlink Ke Konsert OneRepublic, Secara Langsung Di Malaysia

Hotlink adalah penganjur bersama konsert 'Native Tour' OneRepublic di Malaysia pada 31 Oktober
Pelanggan Hotlink berpeluang untuk memenangi Pas Zon Hotlink bernilai RM298 serta pas ‘meet-and-greet’ eksklusif
Maxis kekal komited dalam menawarkan pelanggan ganjaran diatas sokongan dan kesetiaan mereka dengan pengalaman istimewa 

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2013

Peminat OneRepublic kini boleh berhibur dengan kumpulan kegemaran mereka secara langsung! Hotlink, Jenama Prabayar Maxis Berhad (Maxis), akan membawa kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat ini ke Malaysia untuk konsert ‘Native Tour’ mereka, yang dianjurkan oleh JS Concert. OneRepublic akan menghiburkan peminat pada 31 Oktober 2013 di Surf Beach di Sunway Lagoon bermula dari jam 8.30 malam. Bersempena dengan konsert ini, pelanggan Hotlink akan layak untuk mendapatkan diskaun tiket, serta mengambil bahagian dalam pertandingan khas untuk peluang memenangi Pas Zon Hotlink bernilai RM298 dan pas ‘meet-and-greet’ eksklusif.

Dusyhan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Kami teruja dapat membawa OneRepublic kepada para pelanggan kami. Sebagai permulaan, pelanggan Hotlink secara automatik akan layak untuk diskaun 10% apabila mereka membeli tiket mereka di kedai-kedai terpilih. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menunjukkan isyarat Maxis pada telefon mudah alih mereka di kaunter jualan tiket. Tambahan pula, kami mempunyai beberapa tawaran hebat dan peluang untuk mendekati OneRepublic.”
“Penglibatan kami sebagai penganjur konsert yang sangat dinantikan ini menunjukkan komitmen berterusan kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan kami diatas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan dengan tawaran khas dan pengalaman istimewa,” tambah Dushyan.

Pelanggan Hotlink boleh mendapatkan diskaun 10% dengan membeli tiket mereka di mana-mana kedai Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music. Tawaran diskaun adalah sah sehingga 31 Oktober, dan akan diberikan kepada para pelanggan yang terawal (first-come, first-served), terhad kepada maksimum 4 tiket setiap seorang. Sebelum diskaun, Pas Zon Hotlink dijual pada harga RM298 manakala tiket kemasukan umum berharga RM158.

Sementara itu, pelanggan Hotlink juga mempunyai peluang untuk memenangi sepasang Pas Zon Hotlink untuk konsert tersebut. Apa yang mereka perlu lakukan adalah:

Hantar 1R ke 22355 dari telefon mudah alih mereka
Tunggu untuk menerima SMS pengesahan
Tambah nilai sebanyak RM60 (sah sehingga 22 Oktober sahaja). Pemenang yang terpilih akan menerima baucar mudah alih untuk menebus pas mereka.
Bagi meningkatkan peluang mereka untuk memenangi zon pas tersebut, para pelanggan perlu memuat turun Pakej Caller Ringtones OneRepublic untuk hanya RM5 dengan mendail *131*3*00628#, termasuk langkah-langkah di atas.

Untuk berpeluang memenangi sepasang Pas Zon Hotlink DAN pas ‘meet-and-greet’ eksklusif, pelanggan perlu:
Hantar 1R ke 22355 dari telefon mudah alih mereka
Tunggu untuk menerima SMS pengesahan
Tambah nilai RM60 (sah sehingga 22 Oktober sahaja)
Melanggan pas Internet Mudah Alih Bulanan 1GB bernilai RM30 dengan mendail #100
Pelanggan terpilih akan menerima panggilan dan perlu menjawab satu soalan mudah mengenai OneRepublic untuk memenangi pas-pas tersebut
Pelanggan juga boleh memenangi Pas Zon Hotlink dengan mengambil bahagian dalam peraduan mingguan melalui Facebook, di mana peminat perlu menghantar gambar atau slogan berdasarkan tema bagi minggu tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, yang akan dibuka sehingga 22 Oktober, sila layari www.facebook.com/hotlink.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Hotlink sempena konsert ini, sila layari www.hotlink.com.my atau saksikan iklan konsert ini di YouTube: http://www.youtube.com/
Untuk maklumat lanjut mengenai OneRepublic, sila lawati http://onerepublic.com/
-   Tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my dan veteran.

Archives
Tags