Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Modem Wifi Kediaman 21Mbps Maxis Yang Baru Menawarkan Pengalaman Internet Lebih Pantas Dengan Kemudahan Pasang Dan Guna Di Seluruh Negara

Maxis menyediakan modem WiFi kediaman 21Mbps dan telefon DECT bernilai RM580 percuma dengan pelan Internet Wayarles Kediaman dari serendah RM99 sebulan

Maxis menawarkan pelbagai pilihan pelan Internet Wayarles Kediaman yang memberi nilai-terbaik-untuk-wang bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang pelbagai dari serendah RM59 sebulan, disokong oleh liputan rangkaian 3G yang terpantas dan paling luas di seluruh negara.


SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 14 Mac 2013

Hari ini Maxis memperbaharui tawaran sedia ada Internet Wayarles Kediaman dengan menawarkan modem WiFi kediaman 21Mbps yang memberikan pelanggan pengalaman online yang dan dipertingkatkan dan unggul. Dengan kelajuan internet yang lebih pantas, pelanggan akan dapat menikmati penstriman video HD tanpa gangguan, dan memuat naik atau memuat turun fail besar pada kelajuan lebih daripada dua kali ganda dari yang dinikmati sebelum ini. 

Modem WiFi kediaman 21Mbps yang baru ini mudah untuk dipasang dengan kemudahan pasang dan guna dan membolehkan beberapa pengguna menggunakan internet secara serentak. 

Ebru Dorman, Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis berkata, "Modem WiFi kediaman 21Mbps, yang boleh didapati secara percuma dengan pakej Internet Wayarles Kediaman Maxis 20GB, 28GB dan 48GB, akan memberi pengguna pengalaman yang benar-benar dipertingkatkan dengan sambungan yang lebih pantas. Cara kita menggunakan maklumat terus berubah seiring dengan kepesatan dalam kemajuan kandungan yang kini semakin mudah didapati dalam format video definisi tinggi dan bukannya lagi melalui laman web. Ini menjadikan kelajuan internet yang pantas, dipercayai dan berpatutan sangat penting dan Maxis bersedia untuk memenuhi keperluan itu. 

"Pelan Internet Wayarles Kediaman juga menawarkan pelbagai kuota internet dan kadar yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza. Dengan liputan rangkaian yang terpantas dan terluas di negara ini, sesiapa sahaja boleh menikmati kelajuan dan kebolehpercayaan rangkaian Maxis," tambah Ebru. 

"Pengguna sedia ada Internet Wayarles Kediaman yang ingin menikmati pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dengan modem WiFi kediaman 21Mbps boleh melawat Pusat Maxis yang terdekat untuk menaik taraf kepada modem terbaru ini," kata Ebru. 

Pelan Internet Wayarles Kediaman Maxis yang memberi nilai-terbaik-untuk-wang termasuk pelan 3GB pada hanya RM59 sebulan dan pelan 8GB pada RM79 setiap bulan, yang ditawarkan bersama 100 minit suara percuma dan modem WiFi kediaman 7.2Mbps serta telefon DECT bernilai RM380 percuma. Bagi mereka yang memilih kelajuan yang lebih tinggi dan kuota yang lebih banyak, pelan 20GB pada RM99 sebulan, pelan 28GB pada RM139 sebulan dan pelan 48GB pada RM169 sebulan ditawarkan dengan 200 hingga 300 minit suara percuma dan modem WiFi kediaman 21Mbps serta telefon DECT bernilai RM580 percuma. Peruntukan minit pecuma adalah untuk panggilan ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara. Panggilan berikutnya dikenakan bayaran pada hanya 10 sen seminit untuk panggilan di seluruh negara. Pelanggan Pascabayar Maxis akan menikmati diskaun sebanyak RM10 setiap bulan bagi pelan 28GB atau 48GB dan masing-masing membayar hanya RM129 sebulan atau RM159 sebulan. 

Perkhidmatan Internet Wayarles Kediaman Maxis boleh didapati di seluruh negara dan adalah sebahagian daripada tawaran Perkhidmatan Kediaman, yang menyediakan perkhidmatan internet wayarles dan gentian berkelajuan tinggi. Dengan perkhidmatan Fiber Internet Kediaman, yang kini boleh didapati di 1.3 juta rumah dan pejabat, dan perkhidmatan internet tetap dan wayarles 'on-the-go' dengan 82 peratus liputan penduduk, Maxis menawarkan akses internet yang boleh dipercayai dan pantas kepada lebih 5 juta rumah di Malaysia. 

Untuk mendaftar pelan Internet Wayarles Kediaman, pengguna boleh melawat Pusat Maxis terdekat atau kedai Rakan Eksklusif Maxis, atau mendaftarkan minat mereka secara online di maxis.com.my/internet.

Archives
Tags