Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Menawarkan Samsung Galaxy S4 4G LTE Terbaru, Perluaskan Rangkaian 4G LTE Melangkaui Lembah Klang

Dengan Samsung Galaxy S4, Maxis kini menawarkan serangkaian peranti diupaya 4G LTE
Maxis menggandakan rangkaian 4G LTE di Lembah Klang dan perluaskan rangkaian ke Pulau Pinang dan Johor
Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama untuk menawarkan 4G LTE di Sarawak dan Sabah, bermula dengan Kuching dan Kota Kinabalu
SIARAN AKHBAR
Kuala Lumpur, 5 Jun 2013

Selepas menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancarkan perkhidmatan 4G LTE, Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia kini menawarkan serangkaian peranti diupaya 4G LTE bersama dengan pelan data dan panggilan menarik dengan pelancaran Samsung Galaxy S4 4G LTE hari ini. Selain daripada iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 dari Apple, BlackBerry Q10, HTC One, Nokia Lumia 920 dan HTC One XL, Samsung Galaxy S4 kini adalah antara peranti diupaya 4G LTE yang ditawarkan oleh Maxis. Samsung Galaxy S4 4G LTE kini boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis terpilih di seluruh negara, serta melalui Maxis Online Store (MOS). Stok adalah terhad dan pelanggan terdahulu akan didahulukan.

“Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Maxis sekali lagi merupakan syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk memperkenalkan Samsung Galaxy S4 4G LTE generasi ke-empat kepada pelanggan kami. Kami tahu bahawa pelanggan kami telah lama menantikan kemunculan Samsung Galaxy S4 4G LTE yang kami percaya akan terus memperkayakan pengalaman pelanggan menggunakan perkhidmatan unggul Maxis melalui rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi kami. Di Maxis, kami sentiasa konsisten dalam membawa peranti terbaru terlebih dahulu kepada pelanggan kami. Selain itu, tawaran istimewa terhad Maxis One Club (MOC) bagi versi Samsung Galaxy S4 4G LTE ini bermakna kami terus memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami,” kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.

Para pelanggan Maxis berpeluang memaksimumkan ciri-ciri yang terdapat pada peranti-peranti pintar diupaya 4G LTE ini dan menikmati pengalaman mudah alih yang lebih diperkaya dengan kelajuan muat turun lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada 3G apabila mereka berada dalam kawasan liputan rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi.

Mengulas mengenai rangkaian 4G LTE Maxis, Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, “Kami kini mempunyai lebih 130,000 pelanggan yang sedang  menikmati perkhidmatan 4G LTE kami sejak ia dilancarkan pada 1 Januari tahun ini. Maxis kini telah menggandakan rangkaian 4G LTE kami di Lembah Klang untuk menampung lebih banyak kawasan termasuk Bukit Damansara, Kepong, Sungai Besi, Sentul dan Subang Jaya, serta mengembangkan jejak 4G LTE kami meliputi kawasan-kawasan di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kami juga berbangga untuk menjadi yang pertama untuk menawarkan perkhidmatan 4G LTE di Sabah dan Sarawak, bermula dengan Kuching dan Kota Kinabalu.

 

Perkhidmatan 4G LTE Maxis kini telah diperluaskan ke kawasan-kawasan berikut:

Bandar Kawasan
Klang Valley

Ampang Hilir, Kelab Darul Ehsan

Bukit Rahman Putra

Golden Triangle, Bukit Bintang, Pudu, Kampung Baharu, KLCC, Taman U Thant

Jalan Barat, Bukit Jalil, Bukit Jalil Golf & Country Club

Kampung Sri Puchong, Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, Mawar, Taman Puchong Perdana, Puchong Utama, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, Section 2 Taman Perindustrian Puchong Utama, Kampung Baru Puchong, Taman Saujana Puchong

Mahameru, PWTC, Putra Bus Station, Sentul Selatan, Police Station Sentul, Sentul, Semarak, Datok Keramat, Kampung Baharu, Hospital Kuala Lumpur

Overseas Union Garden, Taman Yarl, Taman Sri Petaling, Taman Goodwood, Taman Pagar Ruyung, Kuchai Entrepreneur Park, Taman Salak Selatan, Taman Gembira, Taman United, Taman Serangkai, Taman Bukit Indah

PJS2, PJS3, PJS5, PJS6, PJS7 Petaling Jaya, Taman Desa Mentari, Taman Desaria, Taman Medan Baru

PJS2, PJS3, PJS5, PJS6, PJS7 Petaling Jaya, Taman Desa Mentari, Taman Desaria, Taman Medan Baru

Pusat Bandar Damansara, Taman SA, Jalan Semantan, SPRINT Highway, Taman Duta, Bukit Damansara, Damansara Heights

Section 4, 5, 6, 7, 8, Kota Damansara, Taman Sains Selangor, PJU5, Dataran Sunway, Section 12 Sunway Damansara

SS14, SS15, SS16, SS17, SS18 Subang Jaya

Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Taman Ikan Emas, Salak Selatan, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak

Taman Kepong, Bandar Manjalara, Kepong Baru Tambahan, Taman Sri Bintang, Taman Segambut, Taman Sri Sinar, Taman Petaling, Taman Sri Segambut

Taman Selayang Baru, Taman Sri Murni, Jalan Batu Cave, Taman Beringin 2, Taman Wahyu, Jinjang Utara, Taman Mutiara, Taman Sri Delima, Taman Bamboo, Selayang Pandang

Taman Sg Besi, Kampung Baru Salak Selatan, Taman Sri Budiman, Taman Salak Selatan, Taman Connaught, Taman Mutiara Timur, Cheras

Taman Sungai Besi, Taman Mulia, Kampung Baru Salak Selatan, Bukit Sri Petaling, Taman Sri Budiman, Taman Connaught,Taman Mutiara Timur Cheras

Universiti Malaya, Taman Bukit Pantai, Section 11, 12, 16 Petaling Jaya, Kampung Kerinchi

USJ6

Penang

Maxis Centre, Jalan Todak 4, Bandar Sunway

Maxis I-Centre, Northam Hotel, Jalan Sultan Ahmad Shah, Gurney Plaza Auto-City, Bukit Tengah

Politeknik Seberang Prai, Taman Pauh, Taman Pauh Jaya, Taman Nagasari, Jalan Baru

Pulau Tikus, Jalan Burma, Jalan Cantonment, Jalan Kelawei, Jalan Birch

Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jalan Permatang Pauh, Kampung Pertama

Johor Bahru
Taman Nesa, Kg Poh Che Leng, Jalan Shahbandar 8, Danga Bay Commercial area, Maxis I-Centre, Taman Tasek, Jalan Kolam, Jalan Strait View, Maxis Taman Molek, Taman Molek, Taman Saujana, Desa Perwira
Kota Kinabalu
One Borneo, Bangunan KPD, Jalan Kilang, Balai Polis Likas, Lorong P. Haba, Liwen Court, Jalan Maktab Gaya, Mahkamah Negeri, Jabatan Kastam, Wisma Sabah
Kuching
Jalan Patingan, SK Encik Buyong, SK Merpati, Jalan Simpor, Borneo Hotel, Salvation Army, Mirama Cinema, Jalan Padungan, Jalan Manggis, Dewan Masonic, SM Chung Hua No.3, Dewan Masyarakat, Jalan Stampin, Jalan Kedandi, SM Patrick

Untuk senarai penuh kawasan liputan Maxis 4G LTE, pelan data dan peranti, sila layari www.maxis.com.my/4GLTE.

Samsung Galaxy S4 4G LTE boleh didapati dengan pelan data dari harga serendah RM1,399. Ahli MOC akan menikmati harga istimewa sebanyak RM999 untuk masa yang terhad dengan mendaftar untuk kontrak 24 bulan dengan pelan TalkMore78, pada hanya RM176 sebulan. Pada 15 Mei 2013, Maxis telah melancarkan BlackBerry® Q10 4G LTE, yang boleh didapati dengan pelan data pada harga serendah RM1,178. Ahli MOC akan menikmati harga istimewa sebanyak RM1,088 untuk BlackBerry Q10 dengan mendaftar untuk kontrak 24 bulan pada pelan BBMore148, dengan komitmen bulanan sebanyak RM148 sahaja.

- Tamat -

 

Nota kepada pengarang:

1. Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution - LTE), juga dikenali sebagai 4G LTE, adalah satu standard untuk komunikasi wayarles data kelajuan tinggi. LTE adalah rangkaian generasi akan datang di luar 3G, dengan kapasiti yang lebih tinggi dan kelajuan wayarles untuk memenuhi permintaan untuk sambungan kelajuan tinggi, dan keupayaan untuk memuat naik dan memuat turun fail-fail data yang besar. LTE adalah yang paling cepat, dan lebih penting lagi, satu-satunya standard 4G global yang memastikan bahawa ekosistem yang kaya jalur lebar, mudah alih dan peranti tablet boleh didapati.
Maxis' 4G LTE service offers download speeds 5-10 times faster than 3G and works seamlessly with its existing 3G networks. The Company's 3G / HSPA+ network is already providing speeds of up to 21 Mbps and 81% population coverage from 5,200 sites, whereas its HSPA+ dual carrier network has over 3,500 sites covering most major towns nationwide and supports speeds of up to 42 Mbps. This means customers can continue to enjoy their 4G LTE devices even when they are outside the 4G LTE area.
Maxis One Club is an exclusive membership programme that offers priority customer service, special rewards and affinity programmes. Customers who have been with Maxis (postpaid) for more than a year with a minimum monthly commitment of RM150 and above are automatically upgraded to MOC member status.

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags