Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Pengiklanan Berasaskan Lokasi

Saluran pengiklanan baru menggunakan teknologi lokasi sel untuk menyampaikan tawaran dan promosi yang berkaitan kepada pelanggan Maxis myDeal
Pelanggan dengan serta-merta akan menikmati tawaran dan promosi yang diterima melalui SMS pada telefon bimbit mereka
Pengiklan dan jenama dapat mendekati pelanggan di tempat dan masa yang sesuai, dengan peluang untuk penglibatan lanjut
Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi kini boleh didapati di lebih 15 destinasi
Membolehkan jenama dan pengguna mendapat manfaat daripada pengiklanan yang disesuaikan

SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 13 Jun 2013

Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, pada hari ini memperkenalkan Pengiklanan Berasaskan lokasi (Location-Based Advertising - LBA) Maxis, sebuah perkhidmatan bagi jenama dan pengiklan untuk mendekati pelanggan Maxis myDeals di tempat dan masa yang sesuai menggunakan teknologi lokasi sel. Perkhidmatan tersebut, yang boleh berasaskan masa juga, membolehkan pengiklan untuk memilih profil demografi pelanggan sasaran mereka dan memohon kepada destinasi pilihan mereka untuk menyampaikan mesej yang sesuai atau tawaran promosi kepada pelanggan.

Pelanggan Maxis & Hotlink yang merupakan ahli myDeals akan dapat menikmati tawaran yang disesuaikan ini setiap kali mereka ke lokasi tertentu di mana LBA Maxis disediakan. Apabila sistem mengesan kehadiran mereka, satu SMS akan dihantar kepada mereka secara percuma dengan tawaran yang dipromosikan. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi Maxis kini boleh didapati di lebih 15 destinasi membeli-belah yang tertentu, termasuk pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang seperti Mid Valley Megamall, 1 Utama, Sunway Pyramid, KLCC, Pavilion dan The Curve, serta lokasi membeli-belah lain seperti KLIA, LCCT dan Genting Highlands. Menjelang akhir tahun, perkhidmatan ini boleh didapati di lebih 25 destinasi di seluruh Malaysia. Platform ini juga akan membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk menggunakan pengiklanan berasaskan lokasi berasaskan SMS untuk menarik pelanggan yang sudah di sekitar, yang lebih cenderung untuk melawat pertubuhan mereka.

T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis berkata, “Dengan memperkenalkan pengiklanan berasaskan lokasi oleh Maxis, kami pertama dalam menyediakan saluran mudah alih yang amat praktikal untuk pengiklan mendekati pengguna. Perkhidmatan ini akan membolehkan mereka untuk mendekati pelanggan tertentu yang sudah berada di kawasan trafik yang tinggi dan melibatkan mereka secara langsung melalui medium mudah alih. Lebih penting sekali, pelanggan mempunyai pilihan untuk menerima mesej itu dan apabila mereka bersetuju menerimanya, ia akan memanfaatkan kedua-dua pihak yang terlibat memandangkan pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran berdekatan mereka dengan segera dan mudah. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi adalah menarik, langsung dan kos efektif kerana pengiklan akan mendapat keputusan yang diingini berdasarkan perbelanjaan pemasaran mereka. Pada asasnya, ia menyediakan platform bagi jenama untuk mendekati pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang relevan, pada tempat dan masa yang sesuai.”

Perkhidmatan terbaru dari Maxis ini telah menarik minat pengiklan daripada industri kewangan, teknologi dan fast moving consumer goods (FMCG), dengan 21 jenama mendaftar sebagai rakan kongsi. Mereka adalah CIMB, TGV, HTC, LG, Mom’s Care, Crocs, Sketchers, Philips Avent, Ralph Lauren, Davidoff, Calvin Klein, Nestle (Milo 3-dalam-1), Lancome, Shu Uemura, Cadbury, Guess, GAP, La Senza, Biotherm, Kerastase dan Kiehl’s.

Bersempena dengan pelancaran yang diadakan di TGV 1 Utama, Maxis memberi kejutan kepada 200 pelanggan dengan pas filem percuma yang ditawarkan melalui saluran baru. Pelanggan yang melawat 1 Utama akan menerima SMS dengan tawaran tersebut, dan menebus pas filem mereka dengan hanya mengimbas SMS mereka di kaunter khas yang disediakan untuk acara tersebut.
Pelancaran perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi Maxis menandakan perkembangan yang ketara dalam tawaran perkhidmatan Maxis yang inovatif dan bersepadu. Pada tahun 2011, Syarikat melancarkan myDeals Maxis, yang kini mempunyai 4 juta ahli setakat ini, dan pada tahun 2012, Maxis melancarkan ‘Best Integrated Go-to-Market (B.I.G) Media’ yang menawarkan pengiklan satu capaian yang terbesar dan paling berkesan di Malaysia, dengan potensi asas pelanggan Maxis yang sangat besar. Perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi kini merupakan perkhidmatan utama dalam platform bersepadu ini termasuk perkhidmatan lain seperti myDeals, MYLAUNCHPAD, pesanan teks dan banner mudah alih.
Untuk menyertai Maxis myDeals dan menerima diskaun membeli-belah percuma dan tawaran menggunakan perkhidmatan pengiklanan berasaskan lokasi, pelanggan hanya perlu menghantar SMS dengan kata kunci JOIN ke 8001, atau layari www.myDeals.com.my. Sementara itu, pengiklan yang berminat untuk meneroka potensi pengiklanan berasaskan lokasi boleh menghantar sebarang pertanyaan ke adsales@maxis.com.my.

 

- Tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan

Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags