Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Berkerjasama Dengan Ninetelogy & TRW Untuk Melancarkan Telefon Pintar Ekslusif Edisi TRW

Dengan Telefon Pintar Edisi The Red Warriors (TRW), pelanggan boleh mendapatkan telefon pintar Ninetology yang terpilih pada harga serendah RM99
Telefon Pintar Edisi TRW dipramuat dengan kredit bernilai RM30
Apabila pelanggan menambah nilai, mereka akan menerima rebat kredit tambahan bernilai RM30 berserta pas data 300 MB secara percuma, sah diguna selama 30 hari
Telefon Pintar Edisi TRW adalah yang pertama seumpamanya di pasaran
Maxis terus menawarkan produk dan perkhidmatan setempat kepada para pelanggan di Pantai Timur

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 13 Jun 2013

Berikutan pengumuman Maxis selaku Penaja Utama bagi pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) pada bulan Januari yang lalu, Hotlink, perkhidmatan prabayar no. 1 Malaysia dari Maxis Berhad (“Maxis”) pada hari ini mengumumkan kerjasama diantara Ninetology, sebuah syarikat teknologi peranti mudah alih Asean, bagi Telefon Pintar Edisi TRW khas untuk para peminat TRW. Telefon Pintar Edisi TRW boleh didapati dengan harga serendah RM99. Ia ditawarkan bersama SIM Hotlink yang dipramuat dengan kredit bernilai RM30 dan juga kandungan eksklusif TRW. Apabila para pelanggan membeli peranti dan menambah nilai RM30, mereka akan menerima rebat kredit bernilai RM30 berserta pas data 300 MB secara percuma, sah diguna selama 30 hari.
Para pelanggan mempunyai dua pilihan bagi Telefon Pintar Edisi TRW dari Ninetology iaitu, Palette i5300 dan Black Pearl II i9400. Para pelanggan dapat memiliki kedua-dua telefon pintar ini melalui skim Pakej Komunikasi Belia (PKB) dan mendapat rebat sebanyak RM200. Dengan itu, mereka hanya perlu membayar RM99 dan RM299 untuk model telefon pintar masing-masing.

Mazlan Mokhtar, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Ninetology dalam menyediakan para pelanggan Telefon Pintar Edisi TRW yang pertama seumpamanya di pasaran. Maxis percaya kerjasama ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, dan lebih penting sekali, para pelanggan dan peminat TRW di Pantai Timur.

“Sebagai sebahagian daripada program serantau berterusan Maxis di Pantai Timur, kami memahami kepentingan mempunyai tawaran setempat yang mencerminkan keinginan dan keperluan pelanggan serantau ini. Telefon Pintar Edisi TRW ini melambangkan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan berharga berpatutan dan inovatif serta mempunyai daya tarikan kepada pasaran tempatan, dan cara terbaik untuk berbuat demikian adalah untuk bekerjasama dengan TRW, yang mempunyai asas peminat yang besar di Kelantan,” tambah Mazlan.

Sean Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing Sdn Bhd berkata, “Kerjasama ini akan mengubah landskap penggunaan teknologi di kalangan golongan belia di kawasan pantai timur. Kedua-dua Black Pearl II dan Palette diberkaskan dengan Hotlink untuk meningkatkan lagi gaya hidup belia kita dan keperluan mereka untuk teknologi mudah alih yang mapan. Telefon pintar Ninetology digunakan oleh 60% daripada golongan belia melalui Pakej Komunikasi Belia di kalangan jenama lain. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa kualiti telefon pintar kami pasti akan memenuhi keinginan generasi muda di wilayah Pantai Timur, terutamanya penyokong The Red Warriors.

“Keselesaan dan kualiti yang ada di telapak tangan anda, Black Pearl II dilengkapi dengan Android ICS 4.0 dan ciri Dual Sim untuk interaksi yang aktif kerana ia adalah bertujuan untuk melengkapkan gaya golongan muda dan pelbagai personaliti. Sementara itu, Palette yang datang dalam beberapa warna yang menarik untuk melengkapkan lagi gaya hidup pengguna, disenaraikan diantara sepuluh telefon pintar teratas di kalangan jenama telefon pintar terkemuka, setelah menjual 21,348 unit pada suku pertama tahun 2013,” tambah Sean.

Apabila membeli Telefon Pintar Edisi TRW, para pelanggan perlu mengaktifkan Kad SIM Hotlink yang dipramuat dengan RM30 dengan mendial 122 dari peranti mereka dan memilih bahasa yang dikehendaki. Seterusnya, mereka perlu mendial *122# untuk memeriksa baki kredit. Akhir sekali, mereka perlu menambah nilai sebanyak RM30, 15 minit selepas memeriksa baki kredit untuk menikmati rebat kredit bernilai RM30 dan pas data 300 MB, sah diguna selama 30 hari.

Selain daripada tawaran ini, para pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai lagi tawaran eksklusif TRW seperti screensaver, wallpaper dan aplikasi seperti Loker, Maxis Rewards, Maxis Healthy Heart dan My Maxis.

Telefon Pintar Edisi TRW merupakan satu lagi tawaran eksklusif yang menarik dari Hotlink, khas untuk para peminat TRW di Pantai Timur. Pada bulan Ogos 2012, Hotlink telah melancarkan Pelan Hotlink Kelantan dan Terengganu, iaitu pelan prabayar semua-dalam-satu yang memberi pelanggan di Kelantan dan Terengganu panggilan percuma dan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan.

Telefon Pintar Edisi TRW boleh didapati di pengedar-pengedar tertentu di Kelantan dan Terengganu. Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh melayari www.hotlink.com.my

 

Nota kepada Pengarang:

Pakej Komunikasi Belia (PKB) adalah satu kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menawarkan rebat RM200 untuk setiap pembelian telefon pintar 3G. Rebat ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur diantara 21 hingga 30 tahun dari tarikh pendaftaran dan mempunyai pendapatan kasar bulanan sebanyak RM3000 ke bawah.

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags