Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Memenangi Anugerah Platinum Di Majlis Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013


SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 5 Julai 2013

Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu jenama yang paling dipercayai di rantau ini apabila ia menerima Anugerah Platinum di Majlis Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013 bagi kategori Perkhidmatan Telefon dan Jalur Lebar. YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis, menerima anugerah tersebut daripada YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada satu majlis istimewa yang diadakan di Mandarin Oriental baru-baru ini. Kemenangan ini menandakan kali ke-enam Maxis menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest, yang juga telah dimenangi oleh Maxis pada tahun 2010, 2009, 2008, 2007 dan 2005.  

Mengulas mengenai kemenangan Maxis, Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Maxis amat berbesar hati menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest yang berprestij ini, yang telah diundi oleh para pelanggan. Kemenangan ini amat penting untuk kami kerana ia adalah bukti kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap jenama Maxis dan sekali gus akan mendorong kami untuk terus menawarkan mereka nilai dan pengalaman terbaik melalui perkhidmatan dan produk inovatif yang direka bentuk untuk memperkayakan kehidupan mereka.”

Kajian Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest ini adalah ukuran utama bertaraf antarabangsa yang berasaskan pelanggan dalam mengukur pilihan yang paling digemari. Ia bertujuan untuk mengenal pasti jenama yang paling dipercayai oleh para pengguna di Asia dan menawarkan rujukan yang boleh dipercayai dan objektif kepada para pengguna di seluruh rantau ini. Kajian ini dijalankan di tujuh buah negara di Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Anugerah Jenama Yang Dipercayai Platinum dikhaskan untuk jenama yang mendapat markah tiga kali ganda atau lebih dari pesaing yang terdekat dan berada di kedudukan teratas bagi kategori masing-masing.

Selain daripada kemenangan di Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest, Maxis juga telah menerima beberapa pengiktirafan untuk jenamanya seperti ‘People’s Choice Putra Brand Icon’ di Anugerah Putra Brand 2013. Maxis juga diiktiraf sebagai salah satu penerima Jenama Paling Berharga atau ‘Malaysia’s Most Valuable Brand’ di Malaysia pada tahun 2012 dan turut menerima Anugerah BrandLaureate 2011-2012 yang dianggap sebagai ‘Anugerah Grammy’ untuk Penjenamaan, bagi kategori Jenama Terbaik untuk Telekomunikasi.

- Tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags