Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Menawarkan Pelanggan Android Pengalaman Internet Yang Selamat Dengan Norton Mobile Security

Menawarkan Norton Mobile Security, dengan kerjasama Symantec untuk melindungi peranti Android daripada ancaman digital dan mencari, mengunci dan memadam data secara jarak jauh daripada peranti yang hilang atau dicuri
Perkhidmatan baru ini adalah sebahagian daripada portfolio Maxis Secure, yang membolehkan pelanggan menikmati pengalaman mudah alih yang lebih
selamat

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 4 Julai 2013

Satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di negara untuk bekerjasama dengan peneraju perisian keselamatan global, Symantec (NASDAQ: SYMC), untuk menawarkan Norton Mobile Security. Kerjasama tersebut akan membolehkan pelanggan Maxis untuk melindungi peranti Android mereka daripada ancaman digital dan membolehkan mereka untuk mencari, mengunci dan juga memadamkan data secara jarak jauh daripada peranti yang hilang atau dicuri.

Telefon bimbit adalah sebahagian daripada kehidupan pengguna, dan dua pertiga daripada pengguna dewasa di seluruh dunia melaporkan mereka menggunakan peranti mudah alih untuk mengakses Internet. Walau bagaimanapun, satu dalam tiga pengguna peranti mudah alih telah mengalami kehilangan atau kecurian peranti, dan ini bermakna maklumat sensitif mereka mungkin disalahgunakan[1]. Dengan Norton Mobile Security, pelanggan Android Maxis akan dapat melindungi telefon pintar dan tablet mereka dengan satu penyelesaian yang mudah.

T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis berkata, “Dengan peningkatan jumlah telefon pintar dan peranti yang kini ditawarkan di pasaran, terdapat risiko yang lebih tinggi untuk kes-kes kehilangan dan kecurian data atau peranti. Kerjasama kami dengan Symantec adalah satu langkah yang penting dalam usaha berterusan kami untuk membina ekosistem keselamatan mudah alih yang kukuh, dan mengesahkan lagi komitmen kami untuk keselamatan mudah alih. Penambahan Norton Mobile Security ke serangkaian perkhidmatan keselamatan Maxis Secure membantu kami menyediakan pelanggan kami dengan ketenangan fikiran dan perlindungan yang amat diperlukan untuk peranti Android mereka.”

“Kini, lebih ramai lagi menggunakan peranti mudah alih dalam kehidupan seharian mereka, untuk pelbagai guna seperti berhubung dengan rakan-rakan dan juga untuk membeli kopi,” kata Eric Hoh, Naib Presiden, Rantau Asia Selatan, Symantec. “Apabila kita menggunakan telefon bimbit dengan cara yang baru dan inovatif, kita juga merisikokan maklumat sensitif, jika peranti tersebut hilang atau dicuri. Dengan Norton Mobile Security, kami membawa kemudahan kepada orang ramai untuk melindungi telefon pintar Android mereka dan melindungi data mereka.”

Norton Mobile Security menawarkan perlindungan untuk peranti Android dan data untuk hanya RM1 seminggu atau RM3 sebulan melalui ciri-ciri seperti:

Perlindungan Web Anti-Phishing - Melindungi dan melapor laman web hasad (malicious sites) yang mungkin mengandungi malware. Melalui ciri ini, pengguna dilindungi daripada laman web hasad yang akan cuba untuk mencuri maklumat peribadi.
Penghalang Panggilan & Teks - Membolehkan pengguna untuk menyekat individu-individu atau nombor telefon tertentu supaya pengguna tidak diganggu dengan panggilan dan SMS yang tidak diingini.
Notis Hilang - Sekiranya telefon hilang, ciri ini membolehkan pengguna untuk menghantar mesej khas kepada individu yang menjumpai peranti tersebut untuk mengembalikannya.
Pengunci Secara Jarak Jauh - Pengguna boleh mengunci peranti secara jarak jauh melalui laman web atau SMS untuk menghalang orang lain daripada mengakses data dan maklumat yang terdapat pada peranti tersebut.
Pencari Secara Jarak Jauh – Memberi lokasi telefon atau tablet yang hilang atau dicuri di peta untuk membantu pengguna mencari peranti mereka dengan cepat.
Pemadam Secara Jarak Jauh - Membolehkan pengguna menghapuskan data dan maklumat di dalam peranti, kedua-dua yang disimpan di dalam memori dalaman atau memori luaran, melalui SMS atau web.

Serangkaian perkhidmatan keselamatan Maxis Secure memberi para pelanggan keselamatan yang lebih baik melalui rangkaian selamat dengan kelajuan 3G dan 4G, bersama dengan pelan data mampu dimiliki untuk pengalaman internet yang optimal dan lebih selamat. Maxis juga menawarkan perkhidmatan tambahan untuk melindungi peranti pelanggan seperti Loker, perkhidmatan awan peribadi untuk menyimpan dan mendapatkan semula data yang hilang dan pelindungan peranti, yang memastikan peranti yang hilang atau rosak akan diganti.

Harga dan ketersediaan

Pelanggan Android Maxis boleh menikmati faedah lengkap Norton Mobile Security dengan melanggan pakej mingguan atau bulanan. Sebagai faedah tambahan, pelanggan yang melanggan Norton Mobile Security akan menikmati percubaan percuma untuk tempoh sebulan dari masa langganan. Untuk melanggan Norton Mobile Security melalui UMB Maxis, sila dail *200# dari telefon mudah alih dan pilih Maxis Secure. Selain itu, pelanggan boleh melanggan melalui SMS. Untuk pelindungan selama seminggu, hantar ON NMS7 ke 20088 melalui SMS. Untuk perlindungan selama sebulan, hantar ON NMS30 ke 20088.

Untuk maklumat lanjut mengenai Norton Mobile Security, sila lawati http://malaysia.norton.com/norton-mobile-security/. Pelanggan juga boleh mendapat maklumat lanjut mengenai Maxis Secure di http://www.maxis.com.my/personal/secure/.

- tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

 

Mengenai Symantec

Symantec melindungi maklumat dunia, dan ia merupakan pemimpin global dalam keselamatan, sokongan dan ketersediaan penyelesaian. Produk-produk inovatif dan perkhidmatan kami melindungi masyarakat dan maklumat dalam mana-mana persekitaran - daripada peranti mudah alih kecil, ke pusat data perusahaan, kepada sistem berasaskan awan. Kepakaran kami dalam melindungi data, identiti dan interaksi memberikan keyakinan kepada pelanggan-pelanggan kami dalam dunia yang sentiasa berhubung. Maklumat lanjut boleh didapati di www.symantec.com atau berhubung dengan Symantec di: go.symantec.com/socialmedia.

 

 

Archives
Tags