Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Memperkenalkan Peranti 4G LTE Yang Pertama

Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk melancarkan telefon pintar yang dikuasakan oleh 4G LTE
Telefon-telefon pintar tersebut - Nokia Lumia 920 dan HTC One XL - akan memanfaatkan rangkaian 4G LTE Maxis, rangkaian 4G yang pertama di Malaysia

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 8 Februari 2013

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, telah melancarkan dua telefon pintar 4G LTE pada hari ini - iaitu Nokia Lumia 920 dan HTC One XL. Kedua-dua peranti ini akan menjadi telefon pintar pertama yang akan diaktifkan pada rangkaian 4G LTE Maxis.

Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis menyatakan, "Kami amat teruja dapat menawarkan pelanggan kami peluang untuk menjadi pemilik peranti pertama dalam siri telefon pintar 4G tercanggih yang diperkenalkan di pasaran pada hujung minggu ini. Para pelanggan boleh mendapatkan telefon-telefon pintar ini di Pusat Maxis KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, dimana mereka boleh membeli telefon Nokia Lumia 920 pada harga serendah RM1,099 dengan pelan SurfMore 75 atau TalkMore78 dengan Internet Mudah Alih 3GB, dan HTC One XL pada harga serendah RM1,199 dengan pelan SurfMore 75 atau TalkMore78 dengan Internet Mudah Alih 3GB. Kami bakal melancarkan banyak lagi telefon pintar dan tablet tahun ini dengan dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE kami agar pelanggan dapat menikmati perkhidmatan internet terulung secara on-the-go."

Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, "Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun yang lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa lag serta kepuasan dalam talian yang lebih baik. Kami sudah mendapat maklum balas yang sangat positif dari percubaan mesra pengguna kami dengan kebanyakan daripada pelanggan mengulas bahawa 'tiada gangguan (buffering) atau lag dalam pengalaman video dan jalur lebar berkelajuan tinggi yang sangat dipercayai'. Kami sedang berusaha dalam meningkatkan kawasan liputan 4G LTE kami supaya lebih ramai pelanggan boleh mengalami kelajuan yang luar biasa tidak lama lagi. Melalui perkongsian yang kukuh dengan pengeluar peranti utama dan pembekal kandungan, Maxis berupaya menyediakan pelanggan dengan pengalaman Internet yang lebih diperkaya di mana sahaja mereka berada (on-the-go)."

Pelanggan yang menggunakan Nokia Lumia 920 dan HTC One XL dalam kawasan liputan 4G LTE akan menikmati kelajuan sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa 10 hingga 30Mbps, lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada 3G. Di luar kawasan liputan 4G LTE, telefon Nokia Lumia 920 dan HTC One XL akan beralih dengan lancar ke rangkaian mudah alih 3G Maxis yang terluas dan paling maju dengan liputan 82% daripada penduduk.

Nokia Lumia 920 dikenali sebagai Nokia Lumia yang paling inovatif, dan menawarkan ciri-ciri seperti kanta Carl Zeiss, teknologi PureView dengan Penstabilan Imej Optikal dan paparan PureMotion HD+ 4.5". Manakala HTC One XL adalah telefon pintar yang pertama dalam siri HTC One untuk menampilkan sambungan 4G LTE yang sangat pantas. Ia mempunyai badan polikarbonat elegan dengan ketebalan kurang dari 9 milimeter, paparan HD 4.7-inci, penuh dengan Beats Audio™ tulen dan kamera yang hebat dengan cahaya rendah yang unggul.

Maxis melancarkan perkhidmatan 4G LTE pada tengah malam 1 Januari 2013, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk melancarkan perkhidmatan 4G LTE tempatan. Perkhidmatan Maxis 4G LTE kini boleh didapati di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya.

Archives
Tags