Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Penulis-Penulis Blog Beraksi Di Acara Maxis 4G Bloggers Blaze

39 penulis blog gaya hidup dan teknologi dari Lembah Klang menyertai acara sulung ‘Maxis 4G Bloggers Blaze’
Para peserta dibahagikan dalam kumpulan dan mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran yang memerlukan kelajuan dan tenaga yang tinggi

Acara dianjurkan oleh Maxis untuk mempamerkan kelajuan dan liputan rangkaian 4G LTE pertama di Malaysia
39 penulis blog gaya hidup dan teknologi telah beraksi dengan penuh tenaga dan kepantasan pada 8 Disember apabila mereka mengambil bahagian dalam acara sulung‘Maxis 4G Bloggers Blaze’. Dianjurkan oleh Maxis Berhad (Maxis) untuk mempamerkan kelajuan dan liputan rangkaian 4G LTE, acara ala ‘The Amazing Race’  tersebut menyaksikan penulis blog merentasi Lembah Klang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran seperti memanjat dinding (wall climbing) dan perlumbaan go-kart.

Sebelum acara tersebut bermula, para peserta telah dibahagikan kepada 10 pasukan yang setiap satunya terdiri daripada empat orang, dan diberi nama pasukan yang melambangkan kelajuan, seperti Pasukan Jaguar, Pasukan Cheetah dan Pasukan Barracuda. Di setiap lokasi cabaran, para peserta dikehendaki sama ada mengambil gambar atau video ahli pasukan mereka menjalankan cabaran, dan menghantarnya ke marsyal permainan yang ditetapkan atau memuat naik ke Facebook menggunakan peranti diupaya 4G LTE yang disediakan. Mereka juga menggunakan peranti tersebut untuk mengimbas kod QR untuk mendapatkan petunjuk yang kemudiannya akan menyediakan mereka dengan lokasi cabaran yang seterusnya. Sepanjang hari, mereka juga digalakkan menghantar laporan terkini melalui akaun media sosial peribadi mereka dengan menggunakan hashtag #Maxis4GBloggersBlaze.

Para peserta juga mengambil bahagian dalam cabaran terakhir dalam bentuk pertandingan memakan tembikai. Pasukan Stallion dan Pasukan Leopard muncul sebagai pemenang apabila mereka masing-masing mendapat dua tempat teratas. Ahli-ahli Pasukan Stallion, yang terdiri daripada Rebecca Saw (rebeccasaw.com), Joel Wong (leonhart90.blogspot.com), Charmaine Pua (tallpiscesgirl.com) dan Rawlins Una (byrawlins.com), membawa pulang Samsung Galaxy Note 3 dan  Modem Mudah Alih WiFi 4G LTE (MiFi), manakala Pasukan Leopard yang terdiri daripada Budiey (budiey.com), Tengku Nur Raihan (penmerah.com), Henry Lee (clevermunkey.com) dan Kifli Mally (kiflimally.com) memenangi iPad Mini dan Modem Mudah Alih WiFi 4G LTE (MiFi), - semuanya peranti diupaya 4G LTE, yang akan membolehkan mereka terus menikmati perkhidmatan 4G LTE Maxis.

Archives
Tags