Pilihan Internet Fiber kediaman tanpa kerisauan


Router Dual-band Spektrum 2.4Ghz dan 5Ghz untuk
mengurangkan kesesakan dan
gangguan isyarat.

Tanpa hadLayari dan strim sepanjang hari tanpa risaukan tentang kuota atau kelajuan diperlahankan.

Pemasangan MaxspertsDiagnostik dan pemasangan profesional untuk pengalaman WiFi yang optimum di setiap ruang rumah.

Lengkapkan perniagaan anda dengan Internet fiber di sini.

Dapatkan Internet fiber kediaman berkelajuan tinggi yang paling murah

MaxisONE Home Fibre
30Mbps 100Mbps
Kelajuan muat turun
SEHINGGA 30Mbps
Kelajuan muat turun
SEHINGGA 100Mbps
Kelajuan muat naik
SEHINGGA 30Mbps
Kelajuan muat naik
SEHINGGA 50Mbps
Kuota
Tanpa had
Kuota
Tanpa had
Panggilan Tempatan
Bayar berdasarkan penggunaan
Add on: RM10/ bulan untuk panggilan tanpa had
Panggilan Tempatan
Panggilan Tanpa Had
Kadar panggilan baharu
RM89/bln
Kadar panggilan baharu
RM129/bln

PERCUMA telefon kediaman bernilai RM129 untuk pelanggan baharu. Sah untuk pelan MaxisONE Home Fibre 30Mbps dengan panggilan tanpa had (RM99/bln) dan 100Mbps.

Langgan pelan MaxisONE Home Fibre baharu sekarang

Semua pelanggan yang dihormati, sila tinggalkan maklumat anda untuk janji temu pemasangan. 

Semak jika rumah anda
berada dalam liputan.

Semak Kawasan Liputan

Pemasangan hebat, WiFi hebat.

Tonton bagaimana Maxperts kami membawakan pengalaman broadband gentian kediaman terhebat.



Soalan Sering Ditanya

Tekan di sini
Apakah kelajuan yang ditawarkan oleh pelan MaxisONE Hone Fibre?

Pelanggan akan menikmati akses jalur lebar dengan tawaran kelajuan 30Mbps dan 100Mbps.

Siapakah yang layak melanggan pelan MaxisONE Home Fibre?

Semua pelanggan daripada semua peringkat pendapatan dan dalam linkungan rangkaian layak menikmati pelan MaxisONE Home Fibre.

Pelan ini juga sah untuk pelanggan sedia ada yang mengisi borang di atas.

Apakah yang turut dinikmati dalam pelan MaxisONE Home Fibre?

Pelanggan akan menikmati pelan-pelan baharu MaxisONE Home Fibre yang disertakan dengan Internet tanpa had dan PERCUMA router bernilai RM376.

Perkhidmatan panggilan tanpa had disediakan untuk pelan kadar 100Mbps, dan pilihan tambahan pada harga +RM10/ bln untuk pelan 30Mbps.

Bilakah pendaftaran untuk pelan MaxisONE Home Fibre akan dibuka?

Jika berminat, pakej pelan baharu akan dibuka bermula 20 Ogos 2018 di www.maxis.com.my/fibrenation untuk pra-pendaftaran. Anda juga boleh mendaftar untuk pelan MaxisONE Home Fibre bermula 12 Sep 2018.

Di mana boleh saya mendaftar pelan MaxisONE Home Fibre?

Bermula 12 Sep 2018, anda boleh mendaftarkan diri untuk pelan MaxisONE Home Fibre di semua saluran pemasaran Maxis seperti Pusat Maxis, Rakan Eksklusif Maxis dan pengedar sah Maxis, laman web rasmi Maxis (www.maxis.com.my/fibre), atau hubungi Maxis di 1-800-82-1123 atau 123 daripada talian Maxis anda.

Adakah pelan MaxisONE Home Fibre disertakan dengan talian tetap?

Untuk pelan 100Mbps, PERCUMA telefon tetap kediaman dan Panggilan Tanpa Had.

Untuk pelan 30Mbps, nikmati Panggilan Suara Tanpa Had dengan sebuah telefon talian tetap kediaman PERCUMA, hanya RM10 sebulan. Anda juga boleh menyambungkan telefon anda sendiri dan membuat panggilan pada kadar biasa RM0.09/ minit ke talian mudah alih atau talian tetap.

Caj standard akan dikenakan untuk panggilan antarabangsa dan nombor istimewa.

Apakah perubahan yang akan ditunjukkan di dalam bil semasa jika saya bertukar ke pelan baharu?

Caj langganan semasa dan caj naik taraf pelan akan dikira secara prorate. Bil anda juga akan memaparkan caj-caj lain yang terlibat seperti panggilan (jika ada.)

Bolehkah saya melanggan pelan baharu ini jika tinggal di bangunan yang tinggi?

Ya, kelajuan jalur lebar anda akan bergantung kepada infrastruktur bangunan kediaman.

Adakah pelan baharu ini mempunyai kontrak dan caj penamatan awal langganan?

Ya, pelanggan akan terikat kepada kontrak 24 bulan dan penalti RM500 akan dikenakan jika pelanggan menamatkan langganan lebih awal.

Adakah Maxis akan menawarkan kelajuan muat turun 300Mbps/500Mbps/800Mbps pada masa depan?

Ya, Maxis akan menawarkan kelajuan yang lain kepada semua pelanggan (berkontrak/ tanpa kontrak) setelah infrastrukturnya siap. Sila nantikan pengumuman daripada kami.

Apakah kelajuan yang ditawarkan untuk pelan MaxisONE Fibre?

Akses jalur lebar dengan pilihan muat turun 30Mbps dan 100Mbps.

Sebagai pelanggan sedia ada MaxisONE Home Fibre berkontrak, adakah saya layak untuk mendaftar pelan-pelan Fibrenation yang baharu?

Anda layak! Semua pelanggan sedia ada Home Fibre berkontrak atau tanpa kontrak layak untuk bertukar ke pelan baharu yang dipilih tanpa dikenakan sebarang penalti.

Adakah saya akan terikat dengan kontrak baharu jika saya melanggan pelan-pelan Fibrenation ini?

Semua pelanggan yang mendapat mana-mana peranti baharu yang disokong oleh pelan yang dilanggani akan terikat dengan kontrak baharu selama 24 bulan. Tiada kontrak baharu akan dikenakan jika pelanggan tidak menerima sebarang peranti.

Adakah saya layak menikmati pelan-pelan MaxisONE Home Fibre?

Semua pelanggan yang berminat untuk menukar pelan boleh mengisi borang di  www.maxis.com.my/fibrenation. Anda akan dihubungi Maxis bermula 13 Sep 2018.

Bilakah saya boleh mula menikmati pelan baharu?

Setelah mengisi borang pra-pendaftaran atas talian, kami akan menghubungi anda untuk menetapkan janji temu bermula 13 Sep 2018.

Siapakah yang layak menikmati router baharu?

Pengguna yang bertukar ke pelan baharu dan tidak mempunyai router terkini akan diberikan router baharu pada janji temu yang ditetapkan.

Adakah saya masih boleh menikmati rebat member-get-member untuk langganan setelah naik taraf?

Ya, rebat member-get-member anda akan diteruskan untuk baki tempoh yang tinggal.

Sebagai seorang pelanggan sedia ada MaxisONE Home Fibre yang lengkap dengan iFlix, Panggilan Tanpa Had dan diskaun RM40 untuk promosi Jualan Hujung Tahun, adakah saya masih boleh menikmati diskaun/ promosi perkhidmatan setelah bertukar ke pelan baharu?

Pelan baharu tidak akan menyertakan sebarang promosi diskaun daripada pakej dan perkhidmatan sebelumnya. Anda tidak akan dapat menikmati iFlix VIP Access dan Panggilan Tanpa Had akan dikira sebagai add-on dan dicaj RM10 sebulan.

Adakah akaun iFLix saya akan kekal aktif apabila bertukar ke pelan baharu, jika saya layak menikmati iflix percuma untuk MaxisONE Home Fibre sedia ada?

Anda tidak akan dapat menikmati iflix VIP Access percuma kerana ia tidak ditawarkan pada pelan baharu. Anda akan dicaj langganan bulanan RM10 untuk iflix VIP Access.

Bagaimanakah cara untuk membatalkan langganan iflix dan mengelakkan caj setelah menaik taraf ke pelan baharu?

Uruskan langganan iflix anda dengan mudah di aplikasi iflix. Pilih Menu, Account, My Plan dan kemudian Cancel Recurring. Anda juga boleh menghubungi kami untuk bantuan.

Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan isu berkaitan iflix?

Untuk soalan dan masalah berkaitan akaun iflix, layari https://piay.iflix.com/contact untuk bantuan. Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan dan masalah berkenaan langganan iflix anda yang dicaj ke bil Maxis.

Bolehkah saya terus menggunakan perkhidmatan Panggilan Suara tanpa melanggan perkhidmatan Panggilan Tanpa Had?

Ya, dan anda akan hanya dicaj berdasarkan penggunaan pada kadar RM0.09/ minit panggilan ke nombor telefon bimbit dan talian tetap tempatan. Kadar caj standard untuk panggilan antarabangsa dan nombor istimewa akan dikenakan.

Bolehkah saya mengekalkan nombor VOIP setelah menaik taraf pelan?

Ya, nombor VOIP anda akan dikekalkan.

Apakah kadar untuk panggilan ke talian tetap untuk pelan-pelan MaxisONE Home Fibre? Adakah pelan ini disertakan dengan telefon percuma?

Pelan 100Mbps baharu disertakan dengan Panggilan Tanpa Had.
Bagi pelan 30Mbps, pelanggan boleh memilih untuk bayar berdasarkan penggunaan atau add on Panggilan Tanpa Had untuk hanya RM10. Bagi caj bayar berdasarkan penggunaan untuk pelan 30Mbps, caj adalah RM0.09/ minit.
Bagi nombor istimewa dan panggilan antarabangsa, caj standard akan dikenakan untuk kedua-dua pelan 30Mbps dan 100Mbps.
Pelanggan sedia ada hanya perlu menggunakan telefon rumah pelan MaxisONE Home Fibre sebelumnya atau menyambungkan telefon pilihan sendiri bagi menggunakan talian tetap pelan baharu mereka.

Bagaimanakah cara untuk melanggan pelan MaxisONE Home Fibre sebagai seorang pelanggan sedia ada pembekal broadband gentian yang lain?

Sila hubungi talian pelanggan kami supaya kami boleh membantu anda.

Bolehkah saya melanggan pelan ini jika tinggal di bangunan yang tinggi?

Ya, tetapi kelajuan broadband akan tertakluk kepada infrastruktur bangunan.

Adakah saya akan tertakluk kepada kontrak pelan dan adakah terdapat caj penalti pembatalan ketika dalam tempoh kontrak?

Ya, pelanggan baharu akan tertakluk kepada kontrak 24 bulan. Caj RM500 akan dikenakan jika pelanggan membatalkan langganan sebelum tempoh kontrak berakhir.

Adakah Maxis akan menawarkan kelajuan muat turun 300Mbps/500Mbps/800Mbps pada masa depan?

Ya, Maxis akan menawarkan kelajuan yang lain kepada semua pelanggan (berkontrak/ tanpa kontrak) setelah infrastrukturnya siap. Sila nantikan pengumuman daripada kami.

Saya telah mendaftarkan permintaan untuk naik taraf (selepas 20 Ogos), apakah langkah yang seterusnya?

Maxis akan menghubungi anda bermula 4 September 2018 untuk mengesahkan pelan home fibre baharu dan menetapkan janji temu naik taraf router anda, jika perlu.
Migrasi ke pilihan pelan baharu akan bermula pada 13 September 2018 dan seterusnya. Anda akan menerima e-mel dan SMS memaklumkan perpindahan pelan.

Prapemasangan – Janji Temu dan Persediaan

Bila dan bagaimanakah janji temu pemasangan akan dibuat?

Pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam selepas pendaftaran bagi menetapkan tarikh pemasangan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Bolehkah saya memilih tarikh pemasangan?

Pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam dan anda boleh memilih tarikh dan masa yang sesuai berdasarkan slot ada.

Apakah yang perlu saya sediakan sebelum pemasangan?

Sediakan tiga (3) punca kuasa dan sedikit wang kerana mungkin terdapat caj untuk pemasangan kabel berdasarkan keperluan anda.

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk menetapkan semula jadual pemasangan?

Untuk penetapan semula jadual pemasangan, e-mel kami di maxisfibre@maxis.com.my; empat (4) hari sebelum tarikh pemasangan untuk mengelakkan caj pembatalan atau penjadualan semula.

Caj RM200.00 akan dikenakan jika anda membuat penjadualan semua atau pembatalan 3 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

Adakah saya perlu berada di rumah pada tarikh pemasangan atau adakah saya boleh diwakilkan?

Kehadiran anda sendiri adalah perlu untuk membuat keputusan berkenaan pemasangan kabel, penggantian peralatan, pembayaran pemasangan kabel (jika ada) dan juga untuk mengesahkan pemasangan telah selesai.

Adakah terdapat sebarang caj untuk pemasangan?

Pemasangan standard adalah percuma dan caj akan hanya dikenakan untuk pemasangan khas seperti kabel tersembunyi. Anda perlu berurusan sendiri dengan kontraktor mengenai caj mengikut keperluan anda.

Apakah maksud pemasangan standard?

Pemasangan standard merangkumi 100 meter (di luar rumah) dari Fibre Distribution Panel ke modem (dalam rumah). Pemasangan standard akan mengikut spesifikasi standard (pemasang berklip di dinding). Sebarang kos untuk pemasangan bukan standard seperti di siling, saluran bawah tanah, kabel tersembunyi dan seterusnya adalah atas tanggungan anda sendiri.

Apakah maksud pemasangan bukan standard?

Sebarang pemasangan yang berlainan daripada pemasangan standard seperti berikut akan dikira sebagai pemasangan bukan standard.
Contoh:
I. Kabel tersembunyi atau di belakang dinding
ii. Pemasangan kabel luaran dari tiang ke permukaan

Seawal manakah tempoh pemasangan Home Fibre saya?

Pasukan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam selepas pendaftaran bagi menetapkan tarikh pemasangan; dan pemasangan anda haruslah dilengkapkan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tempoh pendaftaran.

Bolehkah saya mendapatkan maklumat kontraktor pemasangan?

Maaf, kami tidak dapat memberikan maklumat kontraktor pemasangan; mereka akan menghubungi anda 1 jam sebelum janji temu.

Siapakah akan menguruskan janji temu pemasangan saya?

Sekurang-kurangnya seorang pekerja pemasangan Maxis akan terlibat. Bergantung pada infrastruktur, sesetengah kawasan dua (2) pekerja pemasangan mungkin diperlukan di premis anda.

Adakah saya akan diberikan peringatan tentang janji temu pemasangan?

Ya, anda akan dihubungi melalui telefon empat (4) hari sebelum janji temu dan SMS satu (1) hari sebelum tarikh pemasangan. Pada hari pemasangan, kontraktor kami akan menghubungi anda satu (1) jam sebelum janji temu.

Siapakah yang harus dihubungi jika pemasangan saya tidak menepati jadual?

Hubungi kami di maxisfibre@maxis.com.my , untuk memeriksa pemasangan anda; kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Ketika Pemasangan

Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk pemasangan?

Pemasangan standard akan siap dalam tempoh empat (4) jam. Kadangkala ia mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana pemasangan bukan standard atau jika terdapat sebarang masalah.

Apakah yang akan terjadi ketika pemasangan dijalankan?

Pekerja Maxis akan berada di premis anda selama lebih kurang 3-4 jam untuk proses berikut:-

  • Memberikan nasihat tentang prosedur pemasangan standard.
  • Melakukan pemasangan peranti dan mengoptimumkan Wi-Fi di premis anda.
  • Mendapatkan keizinan anda untuk sebarang pemasangan kabel tambahan atau jika pemasangan bukan standard diperlukan.
  • Melekatkan stiker pencarisilapan di router.
Berapakah jumlah peranti yang akan diberikan ketika pemasangan?

Anda akan diberikan tiga (3) jenis peralatan:-
1) Modem (modem yang sama untuk naik taraf pengguna sedia ada)
2) Router; dan
3) Telefon DECT tanpa kord (jika disertakan).
Tempoh waranti adalah seperti berikut: sepanjang hayat untuk modem dan 1 tahun untuk router serta telefon DECT tanpa kord.

Bolehkah pekerja pemasangan Maxis membantu jika saya ingin menetapkan konfigurasi rangkaian sendiri untuk router Maxis?

Pekerja pemasangan Maxis hanya bertanggungjawab untuk pemasangan standard kabel dan konfigurasi model serta router yang dibekalkan oleh Maxis sahaja.

Adakah pemasangan ini memerlukan penebukan lubang?

Penebukan lubang mungkin akan diperlukan bagi menyambung Internet berkelajuan tinggi ke premis anda. Pekerja pemasangan Maxis akan meminta kebenaran anda untuk setiap cadangan sambungan dan penebukan lubang.

Adakah pemasangan boleh dilakukan jika saya ingin membuat pemasangan di tingkat ketiga rumah?

Pemasangan perkhidmatan boleh dilakukan di mana sahaja yang anda mahukan. Sila rujuk pekerja pemasangan tentang lokasi yang anda mahukan apabila mereka sampai dan mereka akan memberikan anda pelan pemasangan bagi mendapatkan keizinan anda. Mereka juga akan berbincang tentang caj pemasangan bukan standard (seperti pemasangan kabel tersembunyi) jika diperlukan.

Selepas Pemasangan – Penyudah Pemasangan

Apakah yang boleh saya jangkakan apabila pemasangan selesai?

Anda perlu menandatangani Borang Siap Kerja setelah pemasangan selesai. Anda dinasihatkan supaya tidak membuka atau menukar lokasi modem setelah pemasangan kerana liputan Wi-Fi yang telah dioptimumkan. Setelah pemasangan, anda mungkin menerima SMS kaji selidik mengenai pemasangan yang telah dilakukan di premis anda.

Terma dan Syarat

Tekan di sini
^