Soalan Lazim

Voice over LTE (VoLTE)

  • VoLTE bermaksud Voice over LTE. Ia adalah teknologi canggih yang menyampaikan bunyi yang lebih jelas melalui panggilan suara di seluruh rangkaian Maxis.

  • Dengan VoLTE, anda akan menikmati kualiti panggilan suara yang lebih jelas dan masa sambungan panggilan yang lebih singkat. Selain itu, anda juga akan dapat menggunakan data mudah alih pada kelajuan 4G walaupun semasa membuat panggilan telefon.

  • Semua pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid dan Hotlink Prepaid yang menggunakan peranti mudah alih yang menyokong VoLTE yang telah dikemas kini dengan versi perisian peranti terkini.

    • Peranti mudah alih anda menyokong VoLTE dan anda telah mengemas kini kepada versi perisian peranti terkini (iOS/Android).
    • Anda berada dalam liputan 4G.
    • Anda telah mendayakan VoLTE dalam tetapan telefon anda.
    • Kad SIM anda adalah SIM LTE.
  • VoLTE akan diaktifkan secara automatik jika peranti mudah alih anda dikemas kini kepada versi perisian peranti terkini.

    Anda juga boleh mengikuti langkah-langkah ini pada peranti mudah alih anda untuk mendayakan VoLTE secara manual: Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Data Mudah Alih > Dayakan VoLTE

    *Langkah-langkah untuk mendayakan VoLTE mungkin berbeza bergantung pada model peranti mudah alih.

  • Untuk pengguna iPhone, ikon di bahagian atas kiri skrin mudah alih anda akan kekal sebagai '4G' apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon. Untuk pengguna mudah alih Android, anda akan melihat ikon VoLTE di bahagian atas kanan skrin mudah alih anda apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon.

  • Anda tidak perlu melanggan perkhidmatan baharu atau menukar pelan mudah alih anda untuk menikmati VoLTE.

  • Anda tidak perlu menukar kad SIM anda untuk menikmati VoLTE selagi anda menggunakan kad SIM LTE.

  • Ia adalah penambahbaikan kepada perkhidmatan suara yang anda nikmati, tiada caj tambahan untuk VoLTE.

  • Pelanggan Maxis & Hotlink boleh menikmati VoLTE semasa perayauan dalam liputan rakan kongsi kami. Untuk negara yang menyediakan VoLTE, semak di sini.

  • VoLTE bergantung kepada peranti dan rangkaian. Anda akan dapat terus menikmati VoLTE jika peranti mudah alih baharu anda menyokong Maxis VoLTE.

  • Anda mungkin mengalami situasi yang diterangkan di kawasan liputan 4G yang rendah seperti di dalam bangunan kerana panggilan VoLTE memerlukan penerimaan rangkaian 4G yang stabil.

  • Jika peranti mudah alih anda menyokong Maxis VoLTE, anda akan dapat menikmati panggilan VoLTE apabila anda berada di kawasan liputan 4G tanpa mengira sama ada pemanggil atau penerima anda menggunakan VoLTE.

Sedang mencari pelan Maxis Postpaid yang sesuai?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis