Soalan Lazim

Penamatan Perkhidmatan Mesej Multimedia (MMS)

  • Kami menghentikan Perkhidmatan Mesej Multimedia (MMS) sebagai sebahagian daripada usaha pemodenan rangkaian kami. Melihat perubahan ketara dalam cara pelanggan berkongsi kandungan multimedia, pengguna, kini lebih gemar menggunakan aplikasi pesanan berasaskan internet yang menawarkan fungsi yang lebih baik. Perubahan ini membolehkan kami memberi penumpuan untuk meningkatkan perkhidmatan yang lebih memenuhi keperluan komunikasi pelanggan yang sentiasa berkembang.

  • Perkhidmatan MMS akan dihentikan sepenuhnya berkuat kuasa 15 Mac 2026. Selepas tarikh ini, anda tidak akan dapat menghantar atau menerima mesej MMS.

  • Anda boleh menggunakan aplikasi pesanan popular seperti WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger, atau Instagram Direct Messages. Platform ini menawarkan kualiti yang lebih baik, saiz fail yang lebih besar, dan ciri-ciri tambahan berbanding MMS tradisional. Kebanyakan aplikasi ini berfungsi dengan pelan data sedia ada anda atau melalui sambungan WiFi.

  • Selepas 15 Mac 2026, sebarang percubaan untuk menghantar MMS tidak akan diproses. Anda mungkin menerima mesej ralat yang menunjukkan perkhidmatan tidak tersedia. Kami mengesyorkan peralihan kepada platform pesanan alternatif sebelum tarikh penghentian untuk memastikan tiada gangguan komunikasi.

Sedang mencari pelan Maxis Postpaid yang sesuai?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis