Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Raikan komuniti yang menjadi tulang belakang demi kemeriahan perayaan ini.
Di sebalik setiap perayaan adalah rangkaian yang menjadikannya benar-benar bermakna. Sama ada membuat persembahan, memasak, membersih, menghias atau berniaga, kami mendedikasikan perayaan menuai tahun ini kepada mereka — komuniti yang bekerja tanpa jemu demi memeriahkan perayaan ini.
Sertai kami hari ini untuk mengalunkan lagu kepada komuniti kita. Nyanyikan bersama dalam keriangan perayaan dengan rangkaian No. 1 Malaysia.
Daripada penyanyi lagu hit 'Original Sabahan', kami bekerjasama dengan Atmosfera dan Ayie Floor 88 untuk membawakan anda lagu perayaan menuai!
Saksikan video muzik dan kongsikan semangat 'Kaamatan' hari ini.
Anda juga boleh pergi ke KDCA untuk sertai kemeriahan perayaan di sana. Jangan lupa untuk singgah hari ini!