Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperkenalkan pas perayauan Arab Saudi pada harga yang berpatutan khas untuk musim Haji

Maxis Saudi Arabia Pass press release banner
  • Pas tawaran masa terhad ini boleh didapati mulai sekarang sehingga 30 Jun 2024
  • Pas 45 hari ini menawarkan kuota data tanpa had serta internet berkelajuan tinggi sebanyak 2GB setiap hari
  • Pas boleh didapati dengan harga RM99

Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass, pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi.

Pas perayauan ini boleh didapati oleh semua pelanggan pascabayar Maxis mulai sekarang sehingga 30 Jun 2024 dengan harga RM99. Pelanggan juga boleh menikmati data perayauan tanpa had di Arab Saudi selama tempoh 45 hari serta, dengan internet berkelajuan tinggi sebanyak 2GB sehari diikuti dengan data tanpa had pada kelajuan sehingga 1Mbps.

quote

Sempena musim Haji yang akan datang, kami berbesar hati untuk memperkenalkan pas perayauan data ini yang telah direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal menunaikan ibadah di Arab Saudi. Pas perayauan ini menawarkan pengalaman lancar kepada pelanggan kerana mereka boleh kekal berhubung dengan orang tersayang sepanjang masa sambil menjalankan ibadah haji, - Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis

Saudi Premium Data Pass ini boleh diaktifkan melalui aplikasi Maxis untuk penggunaan segera ataupun dijadualkan sehingga 14 hari lebih awal dari tarikh pengaktifan. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendaftar untuk pas ini melalui Maxis Care Portal ataupun Maxis Easy Menu (*100#).

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maxis.com.my/.

Archives
Tags