Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis bawa kembali pertandingan Bahasa Inggeris HIPMaX StoryFest, tema tahun ini raikan cerita rakyat Malaysia

Maxis brings back HIPMaX StoryFest, an English language school competition celebrating Malaysian Folklore
  • Pertandingan ini memberi ruang kepada pelajar Tahun 4 sehingga Tingkatan 5 untuk melatih kemahiran berkomunikasi serta menerap nilai-nilai murni melalui aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan
  • Maxis akan menganjurkan bengkel secara langsung di 50 buah sekolah di seluruh negara dan 8 bengkel dalam talian untuk menyokong para pelajar untuk mengasah kemahiran bercerita dan produksi teater
  • Pertandingan tahunan ini akan dijalankan sehingga 31 Julai 2024, diikuti dengan acara kemuncak pusingan terakhir dan majlis anugerah pada bulan Ogos sempena bulan Merdeka

Maxis berkolaborasi dengan English Language Teaching Centre (ELTC), pusat pengajian dan latihan Bahasa Inggeris di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk membawa kembali Maxis eKelas HIPMaX StoryFest, sebuah pertandingan tahunan Bahasa Inggeris dan bercerita khas untuk pelajar-pelajar Malaysia dari Tahun 4 sehingga Tingkatan 5.

Dengan lebih daripada 100,000 pengguna berdaftar dan semakin meningkat, Maxis eKelas adalah sebuah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang disediakan secara percuma untuk semua pelajar-pelajar Malaysia. Tema pertandingan HIPMaX StoryFest tahun ini ialah “Celebrating Malaysian Folklore”, yang membuka peluang kepada pelajar untuk melakonkan semula dan mengadaptasi cerita rakyat Malaysia kegemaran mereka melalui seni bercerita dan produksi teater.

Para pelajar juga diberi kebebasan untuk meneroka kisah-kisah cerita rakyat dan nilai-nilai tempatan; dan kemudiannya menceritakan semula kisah-kisah tersebut dengan cara tersendiri. Pertandingan ini menggalakkan pelajar untuk melatih kemahiran berkomunikasi dan menerap nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan.

Kini dalam tahun keenamnya, pertandingan tahun ini dianjurkan oleh Maxis bersama ELTC untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka warisan mereka dan berkongsi cerita rakyat Malaysia dengan orang ramai.

quote

“Di Maxis, kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk membawa perubahan yang positif dalam kehidupan. Di samping menawarkan akses kepada kandungan pembelajaran dalam talian yang selaras dengan silibus pembelajaran sekolah Malaysia, eKelas juga menjalankan aktiviti pembelajaran seperti HIPMaX StoryFest ini yang memberi peluang untuk pelajar menggunakan bahasa dan memupuk ekspresi diri dan menjadi sebahagian dari pengalaman keseluruhan eKelas,” - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis

Maxis akan menjalankan bengkel secara langsung di 50 buah sekolah di seluruh negara dengan kerjasama ELTC dan Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan. Bengkel pertama telah diadakan di SMK Saujana Indah, Pulau Pinang yang disertai 130 orang pelajar.

Maxis juga bakal menjalankan lapan bengkel dalam talian melalui portal pembelajaran eKelas untuk memberi sokongan kepada pelajar dalam persediaan mereka dan membantu mempertingkatkan kandungan penyertaan mereka. Bengkel tersebut akan merangkumi topik-topik untuk meningkatkan kemahiran pelajar dengan teknik untuk memahami cerita rakyat, menulis skrip menarik, berlakon dengan berkeyakinan, dan mengarah produksi teater.

Maxis brings back HIPMaX StoryFest, an English language school competition celebrating Malaysian Folklore

Bagi memacu keterangkuman, penyertaan pertandingan pada tahun ini dibuka untuk semua pelajar sekolah Malaysia dari Tahun 4 sehingga Tingkatan 5. Pelajar berpeluang untuk memilih kategori seni bercerita secara individu atau kategori teater berkumpulan seramai empat atau lima ahli sekumpulan. Semua peserta akan menerima markah kokurikulum atau kredit Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), manakala pemenang berpeluang untuk menerima hadiah menarik.

Pertandingan HIPMaX StoryFest ini dibuka sehingga 31 Julai 2024. Untuk maklumat lanjut dan langkah-langkah untuk menyertai pertandingan ini, sila layari ekelas.com.my/HIP2024.

Archives
Tags