Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis eKelas memupuk bakat STEM pelajar melalui Misi Jelajah Digital

Maxis eKelas cultivates student STEM talent through Misi Jelajah Digital
  • Cabaran STEM tahunan eKelas telah menarik 850 penyertaan dari 89 sekolah di seluruh negara
  • Pelajar mencipta video dan permainan animasi berdasarkan isu semasa yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • Maxis menganugerahkan 15 kumpulan pemenang berdasarkan asas STEM yang kukuh dan kreativiti SDG mereka

Cabaran STEM tahunan Maxis eKelas, Misi Jelajah Digital 2023 (MJD), menutup tirai baru-baru ini dengan mencatatkan jumlah 850 penyertaan dari 89 sekolah di seluruh negara.

Pertandingan tersebut yang berlangsung dari Ogos hingga Disember tahun lepas mencabar pelajar untuk mereka bentuk permainan atau menghasilkan video animasi yang berasaskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Para pelajar dalam kumpulan 2 hingga 4 orang telah dibahagikan kepada kategori Tahap Dua SK, Menengah Rendah dan Menengah Atas, dan menghantar penyertaan mereka melalui portal Maxis eKelas.

Peringkat akhir MJD yang berlangsung di Menara Maxis telah dihadiri oleh 5 finalis terbaik dari setiap kategori. Mereka terdiri daripada pelajar dan guru dari 15 sekolah di seluruh Sabah, Johor, Kedah, Perak, Selangor, dan Kuala Lumpur. Setiap finalis diberi peluang untuk membentangkan video animasi dan reka bentuk permainan mereka kepada panel hakim.

Maxis eKelas cultivates student STEM talent through Misi Jelajah Digital- Finalists presenting their submission to the judges.

Pemenang utama ialah pelajar dari SK Intan Perdana, Negeri Sembilan (kategori Tahap Dua SK), SMK Kwang Hua, Selangor (kategori Menengah Rendah), dan SMK Air Merah, Kedah (kategori Menengah Atas).

Tuan Zainal Bin Abas, Pengarah Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis, turut hadir untuk menyampaikan hadiah kepada 15 kumpulan pemenang.

quote

Mata pelajaran STEM adalah penting dalam memupuk pemikiran kritis dan kemahiran peyelesaian masalah dalam kalangan pelajar dan Kementerian terus komited untuk memperkasa STEM dan pendidikan digital. Saya berharap semua peserta mendapat manfaat yang berharga daripada penglibatan mereka. Tahniah kepada semua pemenang! - Tuan Zainal bin Abas.

quote

Matlamat kami bagi pertandingan MJD adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan asas yang kukuh dalam STEM, dan kami sangat teruja dengan sambutan positif tahun ini. Ciptaan-ciptaan pelajar sangat kreatif dan inovatif, sambil menggunakan pengetahuan yang diperoleh di dalam bilik darjah untuk menangani cabaran dunia sebenar - Mariam Bevi Batcha.

Pemenang tempat pertama kategori Tahap Dua SK, Amina Arissa dari SK Intan Perdana, Negeri Sembilan, berkongsi rasa terujanya: “Banyak yang saya pelajari tentang animasi dan pengekodan daripada pertandingan ini. Saya meneroka sumber di YouTube dan belajar berdasarkan apa yang tersedia dalam portal eKelas. Ia adalah pengalaman yang mencabar namun bermanfaat.”

Luthfiyyah Iqmar, dari SK Saujana Utama, Selangor, pemenang tempat kedua dalam kategori Tahap Dua SK menyatakan bahawa: “Semasa membuat persiapan untuk pembentangan, kami bekerjasama dalam penulisan skrip, animasi, dan penentuan masa. Kami memperoleh lebih banyak kemahiran melalui penyertaan dalam pertandingan ini.”

Dengan lebih daripada 99,000 pengguna berdaftar di portalnya dan semakin bertambah, eKelas ialah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar dari Darjah 4 hingga Tingkatan 5. eKelas memperkayakan pembelajaran dengan kaedah yang meriah dan menyeronokkan, dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. eKelas turut menumpukan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, serta topik digital dan kemahiran insaniah. Selain pertandingan STEM, eKelas juga menganjurkan pertandingan bercerita tahunan dan menawarkan geran pelajar.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar di eKelas, sila layari www.ekelas.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih eKelas daripada App Store atau Google Play.Para pelajar Malaysia dari sekolah rendah hingga menengah, guru dan pemimpin pendidikan kini boleh log masuk ke eKelas dengan menggunakan ID DELIMa mereka.

Archives
Tags