Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis


Maxis terus membantu komuniti yang terkesan akibat banjir

Maxis continues to support communities affected by floods
  • Bantuan merangkumi infrastruktur rangkaian, respons banjir dan bantuan bekalan makanan asas
  • Keutamaan ialah untuk memastikan ketersambungan mudah alih di kawasan yang dilanda banjir
  • Bantuan dan sokongan pemulihan bagi menolong komuniti bangkit semula

Maxis komited untuk terus membantu komuniti-komuniti yang terkesan akibat banjir. Komitmennya adalah berbilang serampang, merangkumi kesediaan infrastruktur rangkaian, langkah respons banjir dan bantuan asas untuk menyokong komuniti yang terkesan.

Keutamaan Maxis adalah untuk sentiasa memastikan ketersambungan mudah alih yang boleh dipercayai di kawasan terjejas banjir. Selain melengkapkan tapak menara dengan set penjana kuasa siap sedia, ia juga telah menyediakan penjana mudah alih serta peralatan kritikal di kawasan-kawasan serantau yang boleh dikerahkan dengan pantas bagi mengurangkan gangguan dan mempercepatkan pemulihan di tapak rangkaian.

Maxis juga telah secara progresif mengenal pasti tapak rangkaian berisiko tinggi berdasarkan data sejarah banjir, dan setakat ini telah menaikkan ketinggian platform atau tempat perlindungan untuk lebih daripada 60 tapak di seluruh negara bagi mengelakkan tapak-tapak tersebut daripada ditenggelami air. Rangkaian Maxis turut dilengkapi dengan armada kenderaan komunikasi mudah alih yang boleh digerakkan sebagai tapak menara mudah alih untuk menyokong ketersambungan di kawasan yang dilanda banjir.

Selain itu, Maxis telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma di lebih daripada 20 pusat pemindahan banjir merentasi lima negeri pada 2023 dalam menyokong usaha pihak berkuasa. Ini termasuk beberapa pusat pemindahan banjir di Terengganu yang terkini, membolehkan keluarga-keluarga yang terkesan serta kakitangan kecemasan mendapat sambungan internet.

quote

Ketersambungan yang boleh dipercayai adalah kritikal semasa banjir, dan kami memandang serius peranan kami dalam memastikan ketersambungan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia melalui rangkaian kami di seluruh negara. Kami komited untuk menyokong mobilisasi perkhidmatan kecemasan yang efektif di kawasan yang terkesan, dan membolehkan orang ramai untuk terus berhubung dengan orang tersayang mereka pada waktu memerlukan - Abdul Karim Fakir Ali, Ketua Pegawai Rangkaian Maxis.

Pasukan respons lapangan Maxis telah dilengkapi dengan bot dan dron untuk digunakan di kawasan terjejas, membolehkan usaha pemulihan dan respons rangkaian yang lebih pantas. Kakitangan respons banjir telah dilatih dalam operasi keselamatan dan menyelamat oleh Akademi Polis Marin Diraja. Maxis turut bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam proses notifikasi amaran awal untuk pelanggan di kawasan terjejas.

Sebagai tambahan kepada langkah mitigasi rangkaian dan respons bencana, Maxis juga menyokong usaha bantuan dan pemulihan di komuniti-komuniti yang terkesan.

quote

Adalah sama pentingnya semasa kejadian banjir untuk memastikan komuniti yang terjejas dapat dipulihkan dan bangkit semula. Untuk membantu komuniti-komuniti ini, kami telah menyumbang bekalan makanan serta kad SIM dan tambah nilai mudah alih untuk membantu pemulihan mereka - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

200 keluarga daripada komuniti terjejas di pusat pemindahan banjir SK Gual Periok di Rantau Panjang, Kelantan telah menerima kotak bekalan makanan keperluan daripada Maxis. 1,500 kad SIM Hotlink dan tambah nilai mudah alih turut telah diedarkan di seluruh negeri tersebut.

Archives
Tags