Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink memperkayakan pelan Prabayar dan Pascabayar secara menyeluruh dengan 5G, lebih banyak data dan kelajuan tanpa had

All-New Hotlink Prepaid
  • Pas Prabayar Tanpa Had kini termasuk kelajuan 5G tanpa batas setiap hari antara 8 malam dan 8 pagi, internet tanpa had, panggilan dan hotspot
  • Pas Prabayar Pantas dinaik taraf dengan lebih banyak data dan data bonus 5G
  • Semua pelan Hotlink Postpaid telah digandakan dengan data bonus 5G dan terus menikmati tawaran hebat untuk peranti 5G terkini

Hotlink telah mempertingkatkan pelan prabayar dan pascabayarnya secara menyeluruh dengan 5G. Dengan peningkatan ini, pelanggan kini boleh menikmati internet 5G pantas pada kelajuan tanpa had dan lebih banyak data pada mana-mana pelan Hotlink, memastikan pengalaman gaming dan penstriman tanpa gangguan.

quote

Pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu kami menawarkan pengalaman 5G terbaik. Untuk semua peminat gaming dan penstriman, kelajuan 5G kami yang tidak terhad menyediakan pengalaman berkualiti tinggi yang lancar tanpa gangguan. Untuk pempengaruh media sosial dan pelanggan yang memerlukan 5G yang sentiasa aktif, 5G tanpa had kami adalah ideal. Secara keseluruhan, kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak data dan nilai yang lebih baik secara menyeluruh dengan pengalaman 5G terbaik yang dibolehkan secara automatik untuk dinikmati semua orang. - Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis

Semua pas Prabayar Hotlink kini disertakan dengan akses 5G. Pas Hotlink Tanpa Had baharu termasuk kelajuan 5G tanpa batas antara 8 malam dan 8 pagi setiap hari, di samping internet tanpa had dan akses hotspot setiap hari untuk pengalaman internet tanpa gangguan dan tanpa kebimbangan pada harga yang berpatutan.

Bagi mereka yang mahukan kelajuan tanpa had 24/7, pas Hotlink Prabayar Pantas baharu juga telah dinaik taraf dengan lebih banyak data.

Selain itu, Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% kepada golongan belia berumur bawah 24 tahun untuk setiap pembelian pas internet bulanan baharu. Butiran lanjut termasuk terma dan syarat tersedia di aplikasi Hotlink.

Pas Tanpa Had Baharu Data Kesahan

Hotlink Tanpa Had RM50

Internet Tanpa Had @ 12Mbps (4G/5G) & Hotspot
+ Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)  + Panggilan

30 Hari

Hotlink Tanpa Had RM40

Internet Tanpa Had @ 6Mbps (4G/5G) & Hotspot
+ Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)  + Panggilan

30 Hari

Hotlink Tanpa Had RM12

Internet Tanpa Had @ 6Mbps (4G/5G) & Hotspot
+ Kelajuan 5G Tanpa Batas (8pm-8am)  + Panggilan

7 Hari

Pas Pantas Prabayar Baharu Data Kesahan

Hotlink Pantas RM35

60GB [30GB (4G/5G) + Bonus 30GB (5G)]
+ Panggilan

30 Hari

Hotlink Pantas RM25

40GB [20GB (4G/5G) + Bonus 20GB (5G)]
+ Panggilan

30 Hari

Hotlink Pantas RM10

20GB [10GB (4G/5G) + Bonus 10GB (5G)]
+ Panggilan

7 Hari

All-New Hotlink Postpaid

Semua pelan Pascabayar Hotlink telah digandakan dengan data bonus 5G. Pelanggan boleh menikmati data 5G yang lumayan, menyediakan kapasiti yang lebih daripada mencukupi untuk semua keperluan penggunaan mudah alih dan data mereka. SMS dan panggilan tanpa had juga disertakan dengan semua pelan Pascabayar Hotlink.

Pelanggan Hotlink Postpaid 60 dan 70 juga boleh menikmati faedah subsidi peranti, manakala pelanggan Hotlink Postpaid 70 boleh menikmati perkhidmatan perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pelan Pascabayar Data

Hotlink Postpaid 70

70GB (4G/5G) + 70GB (5G)
Panggilan & Mesej Tanpa Had + Subsidi Peranti + Roam-Like-Home
RM70 sebulan

Hotlink Postpaid 60

50GB (4G/5G) + 50GB (5G)
Panggilan & Mesej Tanpa Had + Subsidi Peranti
RM60 sebulan

Hotlink Postpaid 45*

30GB (4G/5G) + 30GB (5G)
Panggilan & Mesej Tanpa Had
RM45 sebulan

*Pelan pascabayar baharu

Pelanggan Hotlink Postpaid 60 dan 70 sedia ada akan dinaik taraf bermula dari 18 hingga 29 Januari 2024. Hotlink Postpaid 40 akan dihentikan dan pelanggan sedia ada akan kekal pada pelan tersebut tetapi dengan data dinaik taraf daripada 30GB (4G sahaja) kepada 30GB (4G/5G). Semua pendaftaran baharu akan menikmati kuota internet baharu yang dinaik taraf secara automatik.

Untuk pilihan penuh dan maklumat lanjut tentang pelan Hotlink Prabayar dan Pascabayar 5G yang dipertingkatkan, layari www.hotlink.com.my.

Archives
Tags