Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis mempersembahkan filem Hari Raya ‘Makna Raya Si Menantu’ untuk meraikan pertalian silaturahim

Maxis Raya Film
  • ‘Terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti’ merupakan kempen Raya tahun ini yang meraikan hubungan bermakna antara orang tersayang
  • Filem ‘Makna Raya Si Menantu’ menceritakan kisah keluarga-keluarga baharu yang telah bersatu melalui pasangan pengantin baru
  • Filem pendek kini diyatangkan di media arus perdana dan platform media digital

Sempena kedatangan bulan Syawal dan juga Hari Raya, Maxis mempersembahkan kempen Hari Raya Aidilfiri bertema ‘Terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti’  yang meraikan hubungan yang bermakna bersama orang-orang tersayang.

Secocok dengan tema perayaan, filem ‘Makna Raya Si Menantu’ berkisar tentang pengantin baru yang meraikan sambutan dan rutin Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mentua baru. Filem ini memaparkan perspektif yang unik tentang bagaimana jalinan kekeluargaan dapat dibina dengan ahli keluarga baharu dan turut meraikan hubungan yang bermakna, dengan melatarbelakangkan sambutan Hari Raya bersama keluarga mentua di halaman kampung.

quote

“Untuk kempen Maxis sempena Hari Raya tahun ini, kami telah mengambil pendekatan memaparkan pengalaman beraya dengan keluarga mentua buat kali pertama – suatu pengalaman yang biasa dihadapi oleh para pengantin baru. Walaupun pengalaman tersebut mungkin meresahkan dan dianggap berbeza daripada sambutan Raya yang biasa kita raikan, ia turut dapat menzahirkan mesej ‘terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti’. Kami berharap bahawa para penonton berasa seronok serta dapat mengaitkan kisah filem ini dengan pengalaman masing-masing,” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran di Maxis.

Untuk menonton filem Raya Maxis ‘Makna Raya Si Menantu’, sila layari
https://www.youtube.com/watch?v=yxSzjUeedYk

Archives
Tags