Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menyumbang kotak bekalan makanan Hari Raya kepada komuniti B40 yang memerlukan

Food Boxes Handover at Lembah Pantai, KL
  • 200 kotak bekalan makanan diagihkan untuk isi rumah B40 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang
  • Sumbangan adalah sebahagian daripada sokongan berterusan dan penglibatan Maxis dengan komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh negara
  • Tambahan 1,000 pek kuih raya untuk anggota tentera melalui Kementerian Pertahanan (MINDEF)

Dalam semangat beramal di bulan Ramadan, Maxis baru-baru ini mengedarkan kotak bekalan makanan untuk keluarga dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang, sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan amal perayaan tahunan dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka tersebut. 

quote

“Di Maxis, kami komited untuk membawa perubahan yang bermakna kepada semua komuniti yang kami layani. Sambil kami membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya, kami bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sokongan. Maxis mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia,” - kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Kotak bekalan makanan untuk isi rumah B40 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang

Maxis telah menyumbang 200 kotak bekalan makanan kepada isi rumah yang kurang berkemampuan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Tanjong Tokong, Pulau Pinang. Bekalan itu menyediakan nutrisi penting untuk mereka yang memerlukan pada musim perayaan ini.

Sumbangan tersebut kepada isi rumah Lembah Pantai telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha, dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Food Boxes Handover at Lembah Pantai, KL

Sementara itu, Ketua Wilayah (Utara) Maxis, Leonard Chin Ying Choi telah menyerahkan kotak bekalan makanan kepada komuniti di Tanjung Tokong, dengan kehadiran Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Zairil Khir Johari, semasa Program Iftar Jamae Masjid Tuan Guru yang diadakan baru-baru ini.

Food Boxes Handover at Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Penghargaan kepada anggota angkatan tentera melalui MINDEF

Tambahan lagi, sebagai tanda penghargaan kepada anggota angkatan tentera yang akan bertugas semasa tempoh Hari Raya Aidilfiri, Maxis juga menyumbangkan 1,000 pek kuih raya bagi menghargai jasa mereka. Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, pada sebuah majlis yang diadakan di MINDEF.

Kuih Raya Packs Contribution to MINDEF
Archives
Tags